Kamil! (bukan nama sebenar) Saya menjerit kepada sahabat saya yang tertidur ketika memandu.
Ehhhhhkkkk... Stereng kereta dipusing ke kiri lebuhraya sambil ditekan brek sehingga mengeluarkan bunyi akibat geseran tayar di atas permukaan lebuhraya. Detik-detik itu berlaku hanya dalam beberapa saat sahaja.
Akhirnya kereta diberhentikan di tepi jalan. Kakiku terketar-ketar, kerana jika enam-enam orang di dalam kereta yang kami naiki tidur, dengan izin Allah SWT, mungkin kami sudah tiada lagi. Alhamdulillah, tinggal saya dan seorang lagi sahabat saya yang masih belum tidur.
Tanggal 15 Mei 2011 tak akan saya lupa sebagai hari yang pertama kali terjadi dalam hidupku. Itulah detik-detik cemas pertama kali di dalam kereta yang pernah saya alami....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah Allah SWT masih mengurniakan peluang kepada kami. Peluang di mana dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini sebagai hamba yang diciptakan untuk beribadah kepadaNya.
Alhamdulillah, masih dikurniakan kesempatan itu, diberikan peluang yang mana sesetengah manusia Allah SWT tarik nikmat yang mereka ada. Nikmat kehidupan sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang mana merupakan satu perjalanan ya g penghujungnya hanya syurga dan neraka.
Allah SWT berfirman dalam Surah at-Tiin ayat 4- 6;
Sebenarnya, selepas peristiwa itu, saya sering terbayang-bayang situasi itu dan mengandaikan bahawa andai kata Allah SWT mengambil saya ketika itu, adakah saya benar-benar bersedia untuk Allah SWT ambil?
Jawapan saya, Alhamdulillah, Allah SWT masih beri ruang kepada saya untuk memperbaiki diri saya yang kerdil dan sering membuat kesilapan.
Sebenarnya, dalam kehidupan seharian kita, kita tidak sedar bahawa Allah SWT seringkali membuka ruang-ruang kepada diri untuk kita memperbaiki diri kita andai kata kita selalu membuat kesilapan. Allah SWT tidak akan tinggalkan hamba-hambaNya dengan janji-janji kosong kerana janji Allah SWT itu pasti.
Peluang itu menunjukkan tanda kasih-sayang Allah STW kepada kita semua supaya sentiasa bermuhasabah atas setiap apa yang berlaku.
Ya! Kita perlu kembali kepada Allah SWT dan menyoalkan dalam hati dan jiwa kita. MENGAPA ALLAH SWT JADIKAN INI SUPAYA BERLAKU?
Setiap apa yang Allah SWT jadikan, ada sebabnya kerana Dia yang lebih dan Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian.
Hal ini disebut oleh Allah SWT dalam Surah al-Baqarah (ayat 30) yang bermaksud:
Seharusnya, nikmat-nikmat dan peluang yang kita capai ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana ianya umpama sebuah 'hadiah' yang amat berharga daripada Allah SWT kepada kita.
Jika kita gagal, Allah SWT memberikannya supaya kita dapat membuka ruang kepada kejayaan dengan lebih berusaha gigih...
Jika kita ditimpa musibah, Allah SWT memberikannya supaya kita dapat membuka ruang dalam mempertingkatkan kesyukuran dan kembali kepada Allah SWT atas setiap apa yang berlaku...
Jika kita diberikan kesenangan, Allah SWT membuka ruang dan menawarkan kepada kita untuk mendapat dan mengejar pahala-pahalaNya dan menganjurkan kepada kita supaya bersyukur atas kesenangan yang diberi...
Jika Allah SWT memberi keresahan, Allah SWT membuka ruang kepada kita untuk memohon kepadaNya diberikan ketenangan. Kerana Dia yang membolak-balikkan hati...
Banyak ruang-ruang yang Allah SWT berikan dalam kehidupan kita. Semuanya adalah untuk kita kembali kepadaNya.
Jadi, dalam perkongsian kali ini, suka saya mengajak supaya kita membuka mata hati kita, melihat ruang-ruang yang Allah SWT berikan kepada kita agar kita dapat terus memperbaiki kelemahan diri kita supaya menjadi hamba yang berada dekat di sisi Allah SWT.
Jika diberikan ruang-ruang itu, gunakanlah ia dengan sebaiknya, kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...