Terima kasih atas kunjungan anda ke sini!

Hidup Umpama Musafir, Yang Mencari Teduhan Buat Dirinya... Semoga dengan kunjungan kalian ke sini sedikit sebanyak dapat berkongsi ilmu dan pengalaman. Moga Allah SWT berkati setiap apa yang kita lakukan ...

PROGRAM CEMERLANG AKADEMIK SAHSIAH TERPUJI - ProCAST 2011

TARIKH: 6-7 Jun 2011 TEMPAT: Nelayan Resort, Kg. Rhu 10, Setiu. YURAN: RM 100.00 HUBUNGI: En.Siddiq 013-9606223/En.Zaki 019-9099991 ...

Show Our Support to Help Our Brothers and Sisters in Palestine, LL4G

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break years of Israel siege on Gaza ...

Kunjungi Website LangitIlahi oleh Hilal Asyraf. Perkongsian Menarik Untuk Anda

Tema Mari Menjadi Hamba dipilih oleh Muhammad Hilal Asyraf sebagai mengingatkan akan niat yang utama Langit Ilahi ditubuhkan. Langit Ilahi, adalah untuk mengajak manusia agar kembali menjadi hamba kepada Allah SWT ...

Tambah Saya sebagai Kenalan Anda dalam Laman Sosial Facebook

Silakan 'add' saya dalam laman sosial facebook untuk sebarang pertanyaan lanjut dan perkongsian yang dapat dikongsi bersama ...

Campaign to Learn True Islam... Come and Join Us!

Islam is an all-embracing way of life. It extends over the entire spectrum of life, showing us how to conduct all human activities in a sound and wholesome manner ...

Followers

Ruang-ruang dari Allah SWT

'Pintu langit' masih membuka ruang itu... Allah bersama-sama kita

Kamil! (bukan nama sebenar) Saya menjerit
kepada sahabat saya yang tertidur ketika memandu.

Ehhhhhkkkk... Stereng kereta dipusing ke kiri lebuhraya sambil ditekan brek sehingga mengeluarkan bunyi akibat geseran tayar di atas permukaan lebuhraya. Detik-detik itu berlaku hanya dalam beberapa saat sahaja.

Akhirnya kereta diberhentikan di tepi jalan. Kakiku terketar-ketar, kerana jika enam-enam orang di dalam kereta yang kami naiki tidur, dengan izin Allah SWT, mungkin kami sudah tiada lagi. Alhamdulillah, tinggal saya dan seorang lagi sahabat saya yang masih belum tidur.

Tanggal 15 Mei 2011 tak akan saya lupa sebagai hari yang pertama kali terjadi dalam hidupku. Itulah detik-detik cemas pertama kali di dalam kereta yang pernah saya alami....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah Allah SWT masih mengurniakan peluang kepada kami. Peluang di mana dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini sebagai hamba yang diciptakan untuk beribadah kepadaNya.

Alhamdulillah, masih dikurniakan kesempatan itu, diberikan peluang yang mana sesetengah manusia Allah SWT tarik nikmat yang mereka ada. Nikmat kehidupan sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang mana merupakan satu perjalanan ya g penghujungnya hanya syurga dan neraka.

Allah SWT berfirman dalam Surah at-Tiin ayat 4- 6;

"Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya".

hidup umpama perjalan dan pengakhirannya hanya dua (syurga & neraka)....

Sebenarnya, selepas peristiwa itu, saya sering terb
ayang-bayang situasi itu dan mengandaikan bahawa andai kata Allah SWT mengambil saya ketika itu, adakah saya benar-benar bersedia untuk Allah SWT ambil?

Jawapan saya, Alhamdulillah, Allah SWT masih beri ruang kepada saya untuk memperbaiki diri saya yang kerdil dan sering membuat kesilapan.

Sebenarnya, dalam kehidupan seharian kita, kita tidak sedar bahawa Allah SWT seringkali membuka ruang-ruang kepada diri untuk kita memperbaiki diri kita andai kata kita selalu membuat kesilapan. Allah SWT tidak akan tinggalkan hamba-hambaNya dengan janji-janji kosong kerana janji Allah SWT itu pasti.

"...... Sungguhnya, janji Allah itu pasti ditepati" (Surah Maryam; 61)

Peluang itu menunjukkan tanda kasih-sayang Allah STW kepada kita semua supaya sentiasa bermuhasabah atas setiap apa yang berlaku.

Ya! Kita perlu kembali kepada Allah SWT dan menyoalkan dalam hati dan jiwa kita. MENGAPA ALLAH SWT JADIKAN INI SUPAYA BERLAKU?

Setiap apa yang Allah SWT jadikan, ada sebabnya kerana Dia yang lebih dan Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian.

Hal ini disebut oleh Allah SWT dalam Surah al-Baqarah (ayat 30) yang bermaksud:

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Seharusnya, nikmat-nikmat dan peluang yang kita capai ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana ianya umpama sebuah 'hadiah' yang amat berharga daripada Allah SWT kepada kita.

Jika kita gagal, Allah SWT memberikannya supaya kita dapat membuka ruang kepada kejayaan dengan lebih berusaha gigih...

Jika kita ditimpa musibah, Allah SWT memberikannya supaya kita dapat membuka ruang dalam mempertingkatkan kesyukuran dan kembali kepada Allah SWT atas setiap apa yang berlaku...

Jika kita diberikan kesenangan, Allah SWT membuka ruang dan menawarkan kepada kita untuk mendapat dan mengejar pahala-pahalaNya dan menganjurkan kepada kita supaya bersyukur atas kesenangan yang diberi...

Jika Allah SWT memberi keresahan, Allah SWT membuka ruang kepada kita untuk memohon kepadaNya diberikan ketenangan. Kerana Dia yang membolak-balikkan hati...

Allah is always with you... He is the Protector of you, raise your hands and pray.

Banyak ruang-ruang yang Allah SWT berikan dalam kehidupan kita. Semuanya adalah untuk kita kembali kepadaNya.

Jadi, dalam perkongsian kali ini, suka saya mengajak supaya kita membuka mata hati kita, melihat ruang-ruang yang Allah SWT berikan kepada kita agar kita dapat terus memperbaiki kelemahan diri kita supaya menjadi hamba yang berada dekat di sisi Allah SWT.

Jika diberikan ruang-ruang itu, gunakanlah ia dengan sebaiknya, kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...



Mencari Kedamaian - DEMO VERSION

Lyric by: Wafiy Akmal
Music Arrangement: Wafiy Akmal
Performed by: Wafiy Akmal

*diharap boleh beri komen apa yang perlu diperbaiki utk nasyid ini. (^^)
*InsyaAllah akan ditambah suara 'second' dll dari semasa ke semasa.


Cinta Hakiki Kerana Allah SWT

Cinta itu laksana pohon di dalam hati...


Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci

Telah lama cinta te
rsasar
Dari cinta hakiki


Kerna sekian lamanya

Manusia dibuai cinta nafsu

Kita sering menya
ngka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah ti
dak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang
hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa

Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan

Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah

Cinta kasih sayangNya
tidak bertepi

Salam ziarah buat sekian lama. Alhamdulillah dalam pengisian kali ini,insyaAllah ingin saya bicarakan sesuatu yang terkenal dalam jiwa setiap manusia dan manusia sentiasa mencari-carinya. Dan semuanya untuk ini, kita sanggup melakukan apa sahaja demi menggapai hasrat di hati.

Apakah ia?

Cinta....(*cinta lagi)

God is love. If we keep on loving others, we'll stay one in our

hearts with God, and He will stay one with us.


Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci

Telah lama cinta tersasar

Dari cinta hakiki


Kerana apa ingin saya bicarakan tentang cinta. Bukanlah kerana saya jatuh cinta kepada mana-mana wanita, jauh lagi dilamun cinta kerananya. Meskipun kadang-kadang saya ada melawak dengan kawan-kawan saya soal ini, tetapi diri ini perlu banyak diperbaiki untuk ke arah itu.

Kerana saya ingin membuka fikiran kita bersama-sama, tentang cinta kita yang sepatutnya dicari.

Ke manakah kita tujukan cinta kita?

Adakah kita tujukan cinta kita kepada isteri kita atas dasar nafsu semata-mata?
Adakah cinta kita kepada sahabat hanya kerana beliau baik terhadap kita semata-mata?

Jika demikian, cinta kita tanpa disedari telah lama terbiar disia-siakan oleh diri kita sendiri. Mengapakah demikian?

Kerana sasaran dan tujuan kita mencintai mereka tidak didasarkan kerana Allah SWT. Cinta juga milik Allah SWT, bukan? Jika Allah SWT tidak memberikan perasaan kasih dan sayang terhadap makhluk-makhluk yang diciptakannya, mungkin si ibu akan membuang anaknya sebaik dilahirkan.

Tetapi, ketahuilah bahawa cinta itu suatu perkara yang rapuh bagi mereka yang tidak jelas dalam perkra ini dek kerana jauhnya hubungan dengan Allah SWT itu sendiri.

Ingin saya berkongsi satu analogi/ perumpamaan cinta itu sendiri mengapa ia rapuh jika tidak kerana Allah SWT:

" Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya... "

Namun lupakah kita Cinta nafsu selalu mengecewakan Sering berubah tidak menentu Seperti pantai dipukul ombak

Benar seperti lirik nasyid di atas.

Cinta yang rapuh tanpa batas dan matlamat atau niat yang jelas boleh menjadi penyebab kepada kekecewaan dalam diri setiap manusia. Umpama bahtera yang berlayar di lautan tanpa arah tuju membiarkan ia sendiri dipukul badai ombak yang semakin lama semakin kuat sehingga sampai satu tahap mampu menenggelamkan bahtera itu sendiri.

Dan cinta itu juga laksana pohon di dalam hati...

Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya.

Penutup

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati

Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki

Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah

Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Dalam Sunan Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Amal yang paling utama ialah mencintai kerana Allah SWT dan membenci kerana Allah SWT."

Maka dalam hal cinta ini, kita perlulah kembali kepada kecintaan kita yang patut didasarkan kepadaNya yakni cinta kepada Allah SWT.

Jika mencintai isteri kita, biarlah cinta kita kerana Allah SWT...
Jika mencintai sahabat kita, biarlah cinta itu kerana Allah SWT...

Kerana apa? Kerana jika mengikut apa yang Allah SWT perintahkan kepada hambaNya, cinta kerana Allah SWT, ingat kepadaNya dalam kecintaan kita dan dalam setiap apa yang kita lakukan, maka Allah SWT juga akan mengasihi kita.

Bertepatan dengan apa yang Allah SWt sebut dalam Surah Ali-'Imran ayat 31;

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Apabila Allah SWT cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: "Jika Allah SWT mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, "Sesungguhnya Allah SWT mencintai Fulan, maka cintailah dia!" Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Cintakan Allah tiada kecewa Engkaukan tenang di waktu susah Kembalilah kepada Tuhan Dia kan tetap menanti Kehadiran hambaNya Yang sebenar pasrah Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

Akhir kata, kecintaan dan kebahagiaan itu merupaka milik Allah SWT dan kita seharusnya mencari-cari redha Allah SWT dalam kecintaan kita ke atas makhluk-makhluk ciptaanNya...

InsyaAllah jika hati kita dibadai 'ombak' cinta sekalipun, jika niat dan matlamatnya telah jelas, maka Allah SWT akan menenangkan diri kita tika hati kita terasa kesepian. Kerana Allah jualah pemilik segala-galanya...

Segalanya milikMu...

Terima Kasih Guru - versi akustik

Asklm, kali ini saya cuma nak berkongsi nasyid 'Terima Kasih Guru' yang dinasyidkan oleh saya sendiri dan nyanyian asal nasyid ini oleh Kumpulan MIRWANA.

Saya ingin tujukan lagu ini buat mereka-mereka yang pernah mendidik saya, umpama ibu bapa saya, memberi semangat dan menyokong selama mana saya masih bergelar sebagai seorang pelajar dan anak didik.


"Semoga Allah SWT redha dengan kalian, guru-guruku, meskipun Allah SWT telah menjemputmu. Ku kirim doa buat kalian kerna kalian umpama lilin yang menyinari kehidupan anak didikmu. Terima kasih guru..."


video
Terima Kasih Guru oleh Wafiy Akmal

Transit Dunia - Akhirat

Transit Nilai ke Gombak... (^^) InsyaAllah


"Alhamdulillah"...

Itulah ungkapan dan lafaz yang mampu hati saya lontarkan setelah lebih kurang setahun setengah saya 'disibukkan'.

AllahuAkbar ( Allah is The Greatest).
Kini, dengan masa yang terluang, insyaAllah saya a
kan cuba sedaya upaya meng'update' blog Kesetiaan Yang Sempurna ini. Sesungguhnya, saya amat merindui blog ini untuk bersama-sama kalian. Di samping saya mencari kekuatan diri, di samping itu jugalah kita dapat berkongsi agar sama-sama kita perbaiki diri sendiri, insyaAllah.

Terus mendoakan saya dikurniakan kekuatan wahai
pembaca-pembaca dan sahabat-sahabat yang berkunjung ke sini.

Saling lengkap-melengkapi...

Transit Kehidupan ke Transit Baru

Dunia ibarat ladang, maka bajailah ia dengan baik.


Alhamdulillah, setelah sekian lama saya meninggalkan blog ini, kini Allah memberi keizinan kepada saya kembali kepadanya.

Sepanjang peninggalan, begitu banyak perkara yang ingin dikongsikan dan cuba mencari kekuatan untuk memberi perkongsian. Akan tetapi, masa dan diri menjadi penghalang.

Nah, memang benarlah apa yang Islam telah katakan!

Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas, sabda Rasulullah SAW:
"Terdapat dua nikmat di mana kebanyakan manusia menderita kerugian di dalamnya iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang."

Realitinya, saya 'disibukkan' dengan kuliah, peperiksaan dan sebagainya. Tetapi, semua masa ini memang benar-benar telah mencuri nikmat kelapangan yang saya ada untuk mengemaskini blog ini dan berkonsi sesuatu bersama kalian.

Dalam masa yang ada ini, saya akan menuju ke 'transit kedua' dalam melengkapkan proses menuntut ilmu saya di IPT. Alhamdulillah, akhirnya telah
selesai di asasi.

Kehidupan kita di dunia ini mempunyai beberapa '
transit' yang Allah SWT telah letakkan. Yakni 'transit dunia' dan 'transit akhirat'. Dari persinggahan di dunia, Allah SWT meletakkan, menghantar hamba-hambaNya ke persinggahan seterusnya, yakni akhirat.

Jika, transit saya menuntut ilmu daripada peringka
t asasi ke peringkat ijazah, maka begitulah kehidupan kita yang telah Allah tetapkan. Juga punya peringkat tertentu, daripada peringkat rendah, (dunia) sebagai persediaan, bekalan, kelengkapan dan persediaan sebelum kita melangkah ke peringkat lebih tinggi (akhirat) sebagai pengakhiran yang akan mengakhiri segalanya.

Itulah kehidupan kita. Terlalu banyak simpang-siur
nya, ditambah dengan tipu-daya syaitan yang berjanji dan bersumpah akan merosakkan anak-anak Adam a.s. Golongan 'api' ini sentiasa mewarnai kehidupan-kehidupan manusia dengan keseronokan sehinggakan terlupakan transit kehidupan abadi mereka di 'sana' kelak.

Akan tetapi, apabila di saat-saat pengakhiran di d
unia, mereka akan merasakan masa dan segala kehidupan mereka merupakan suatu kerugian dan sia-sia semata-mata. Barulah mereka tersedar dan insaf...

Akan tetapi, segala keinsafan dan kesedaran yang hadir pa
da saat itu telah hilang nilai harganya.

Firman Allah SWT dalam Surah at-Takathur ayat 1&2:

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat Dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur."

Dengan itu, seharusnya kita membuat persediaan awal sebelum kita ditransitkan ke persinggahan yang seterusnya.

Jika Islam telah jauh di sisi lain dalam kehidupan kita
, maka kita perlu mengejar dan mendekatinya kembali. Kembali kepada Islam merupakan penyelesaian kepada segala permsalahan dunia dan kehidupan kita.

Rasulullah SAW telah memberikan tunjuk ajar yang terbaik kepada kita. Dengan rahmat Allah SWT, Rasulullah memberikan jalan kepada manusia untuk keluar daripada kegelapan jalan yang pekat kepada jalan yang terang. Bahkan dengan pandangan yang lebih luas. Pandangan yang meletakkan akhirat sebagai pengakhiran jalan kehidupan seseorang hamba Allah SWT.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa dunia sebagai ladang. Jika kita tidak menjaga ladang dan membiarkan tanamannya (buah dll) busuk, tidak elok isinya, beracun dan sebagainya, maka begitulah hasil yang akan kita tuai dalam 'musim menuai' di akhirat kelak.
Dan begitulah juga sebaliknya, jika kita menjaga ladang kepunyaan kita dengan cuba menjadi hamba Allah yang sempurna pada pandanganNya.

Penutup

Jalan hidup bagaimana yang kita mahukan, ke mana halanya?


Oleh itu, sebagai pengakhiran perkongsian saya di mana 99.999....% daripadanya ialah untuk memuhasabahkan diri saya, saya inging mengajak untuk kita sama-sama faham bahawa transit kehidupan di dunia bukanlah suatu transit yang nyta dan kekal abadi. Seharusnya dilakukan persediaan dari segi amal ibadah kita agar kita bersiap-sedia untuk berpindah daripada transit yang rendah kepada transit yang lebih tinggi nilain
y di sisi Allah SWT.

Sama-sama kita koreksi diri, menuju transit kehidupan yang abadi.

*Mohon doa kalian agar terus diberi kekuatan un
tuk berkongsi. Sayang kalian kerana Allah SWT.




Popular Posts