Followers

Cinta Hakiki Kerana Allah SWT

Cinta itu laksana pohon di dalam hati...


Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci

Telah lama cinta te
rsasar
Dari cinta hakiki


Kerna sekian lamanya

Manusia dibuai cinta nafsu

Kita sering menya
ngka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah ti
dak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang
hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa

Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan

Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah

Cinta kasih sayangNya
tidak bertepi

Salam ziarah buat sekian lama. Alhamdulillah dalam pengisian kali ini,insyaAllah ingin saya bicarakan sesuatu yang terkenal dalam jiwa setiap manusia dan manusia sentiasa mencari-carinya. Dan semuanya untuk ini, kita sanggup melakukan apa sahaja demi menggapai hasrat di hati.

Apakah ia?

Cinta....(*cinta lagi)

God is love. If we keep on loving others, we'll stay one in our

hearts with God, and He will stay one with us.


Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci

Telah lama cinta tersasar

Dari cinta hakiki


Kerana apa ingin saya bicarakan tentang cinta. Bukanlah kerana saya jatuh cinta kepada mana-mana wanita, jauh lagi dilamun cinta kerananya. Meskipun kadang-kadang saya ada melawak dengan kawan-kawan saya soal ini, tetapi diri ini perlu banyak diperbaiki untuk ke arah itu.

Kerana saya ingin membuka fikiran kita bersama-sama, tentang cinta kita yang sepatutnya dicari.

Ke manakah kita tujukan cinta kita?

Adakah kita tujukan cinta kita kepada isteri kita atas dasar nafsu semata-mata?
Adakah cinta kita kepada sahabat hanya kerana beliau baik terhadap kita semata-mata?

Jika demikian, cinta kita tanpa disedari telah lama terbiar disia-siakan oleh diri kita sendiri. Mengapakah demikian?

Kerana sasaran dan tujuan kita mencintai mereka tidak didasarkan kerana Allah SWT. Cinta juga milik Allah SWT, bukan? Jika Allah SWT tidak memberikan perasaan kasih dan sayang terhadap makhluk-makhluk yang diciptakannya, mungkin si ibu akan membuang anaknya sebaik dilahirkan.

Tetapi, ketahuilah bahawa cinta itu suatu perkara yang rapuh bagi mereka yang tidak jelas dalam perkra ini dek kerana jauhnya hubungan dengan Allah SWT itu sendiri.

Ingin saya berkongsi satu analogi/ perumpamaan cinta itu sendiri mengapa ia rapuh jika tidak kerana Allah SWT:

" Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya... "

Namun lupakah kita Cinta nafsu selalu mengecewakan Sering berubah tidak menentu Seperti pantai dipukul ombak

Benar seperti lirik nasyid di atas.

Cinta yang rapuh tanpa batas dan matlamat atau niat yang jelas boleh menjadi penyebab kepada kekecewaan dalam diri setiap manusia. Umpama bahtera yang berlayar di lautan tanpa arah tuju membiarkan ia sendiri dipukul badai ombak yang semakin lama semakin kuat sehingga sampai satu tahap mampu menenggelamkan bahtera itu sendiri.

Dan cinta itu juga laksana pohon di dalam hati...

Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya.

Penutup

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati

Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki

Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah

Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Dalam Sunan Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Amal yang paling utama ialah mencintai kerana Allah SWT dan membenci kerana Allah SWT."

Maka dalam hal cinta ini, kita perlulah kembali kepada kecintaan kita yang patut didasarkan kepadaNya yakni cinta kepada Allah SWT.

Jika mencintai isteri kita, biarlah cinta kita kerana Allah SWT...
Jika mencintai sahabat kita, biarlah cinta itu kerana Allah SWT...

Kerana apa? Kerana jika mengikut apa yang Allah SWT perintahkan kepada hambaNya, cinta kerana Allah SWT, ingat kepadaNya dalam kecintaan kita dan dalam setiap apa yang kita lakukan, maka Allah SWT juga akan mengasihi kita.

Bertepatan dengan apa yang Allah SWt sebut dalam Surah Ali-'Imran ayat 31;

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Apabila Allah SWT cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: "Jika Allah SWT mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, "Sesungguhnya Allah SWT mencintai Fulan, maka cintailah dia!" Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Cintakan Allah tiada kecewa Engkaukan tenang di waktu susah Kembalilah kepada Tuhan Dia kan tetap menanti Kehadiran hambaNya Yang sebenar pasrah Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

Akhir kata, kecintaan dan kebahagiaan itu merupaka milik Allah SWT dan kita seharusnya mencari-cari redha Allah SWT dalam kecintaan kita ke atas makhluk-makhluk ciptaanNya...

InsyaAllah jika hati kita dibadai 'ombak' cinta sekalipun, jika niat dan matlamatnya telah jelas, maka Allah SWT akan menenangkan diri kita tika hati kita terasa kesepian. Kerana Allah jualah pemilik segala-galanya...

Segalanya milikMu...

Popular Posts