"Alhamdulillah"...
Itulah ungkapan dan lafaz yang mampu hati saya lontarkan setelah lebih kurang setahun setengah saya 'disibukkan'.
AllahuAkbar ( Allah is The Greatest).
Kini, dengan masa yang terluang, insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya meng'update' blog Kesetiaan Yang Sempurna ini. Sesungguhnya, saya amat merindui blog ini untuk bersama-sama kalian. Di samping saya mencari kekuatan diri, di samping itu jugalah kita dapat berkongsi agar sama-sama kita perbaiki diri sendiri, insyaAllah.
Terus mendoakan saya dikurniakan kekuatan wahai pembaca-pembaca dan sahabat-sahabat yang berkunjung ke sini.
Saling lengkap-melengkapi...
Transit Kehidupan ke Transit Baru
Dunia ibarat ladang, maka bajailah ia dengan baik.
Alhamdulillah, setelah sekian lama saya meninggalkan blog ini, kini Allah memberi keizinan kepada saya kembali kepadanya.
Sepanjang peninggalan, begitu banyak perkara yang ingin dikongsikan dan cuba mencari kekuatan untuk memberi perkongsian. Akan tetapi, masa dan diri menjadi penghalang.
Nah, memang benarlah apa yang Islam telah katakan!
Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas, sabda Rasulullah SAW:
"Terdapat dua nikmat di mana kebanyakan manusia menderita kerugian di dalamnya iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang."
"Terdapat dua nikmat di mana kebanyakan manusia menderita kerugian di dalamnya iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang."
Realitinya, saya 'disibukkan' dengan kuliah, peperiksaan dan sebagainya. Tetapi, semua masa ini memang benar-benar telah mencuri nikmat kelapangan yang saya ada untuk mengemaskini blog ini dan berkonsi sesuatu bersama kalian.
Dalam masa yang ada ini, saya akan menuju ke 'transit kedua' dalam melengkapkan proses menuntut ilmu saya di IPT. Alhamdulillah, akhirnya telah selesai di asasi.
Kehidupan kita di dunia ini mempunyai beberapa 'transit' yang Allah SWT telah letakkan. Yakni 'transit dunia' dan 'transit akhirat'. Dari persinggahan di dunia, Allah SWT meletakkan, menghantar hamba-hambaNya ke persinggahan seterusnya, yakni akhirat.
Jika, transit saya menuntut ilmu daripada peringkat asasi ke peringkat ijazah, maka begitulah kehidupan kita yang telah Allah tetapkan. Juga punya peringkat tertentu, daripada peringkat rendah, (dunia) sebagai persediaan, bekalan, kelengkapan dan persediaan sebelum kita melangkah ke peringkat lebih tinggi (akhirat) sebagai pengakhiran yang akan mengakhiri segalanya.
Itulah kehidupan kita. Terlalu banyak simpang-siurnya, ditambah dengan tipu-daya syaitan yang berjanji dan bersumpah akan merosakkan anak-anak Adam a.s. Golongan 'api' ini sentiasa mewarnai kehidupan-kehidupan manusia dengan keseronokan sehinggakan terlupakan transit kehidupan abadi mereka di 'sana' kelak.
Akan tetapi, apabila di saat-saat pengakhiran di dunia, mereka akan merasakan masa dan segala kehidupan mereka merupakan suatu kerugian dan sia-sia semata-mata. Barulah mereka tersedar dan insaf...
Akan tetapi, segala keinsafan dan kesedaran yang hadir pada saat itu telah hilang nilai harganya.
Firman Allah SWT dalam Surah at-Takathur ayat 1&2:
"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat Dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur."
Dengan itu, seharusnya kita membuat persediaan awal sebelum kita ditransitkan ke persinggahan yang seterusnya.
Jika Islam telah jauh di sisi lain dalam kehidupan kita, maka kita perlu mengejar dan mendekatinya kembali. Kembali kepada Islam merupakan penyelesaian kepada segala permsalahan dunia dan kehidupan kita.
Rasulullah SAW telah memberikan tunjuk ajar yang terbaik kepada kita. Dengan rahmat Allah SWT, Rasulullah memberikan jalan kepada manusia untuk keluar daripada kegelapan jalan yang pekat kepada jalan yang terang. Bahkan dengan pandangan yang lebih luas. Pandangan yang meletakkan akhirat sebagai pengakhiran jalan kehidupan seseorang hamba Allah SWT.
Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa dunia sebagai ladang. Jika kita tidak menjaga ladang dan membiarkan tanamannya (buah dll) busuk, tidak elok isinya, beracun dan sebagainya, maka begitulah hasil yang akan kita tuai dalam 'musim menuai' di akhirat kelak.
Penutup
Jalan hidup bagaimana yang kita mahukan, ke mana halanya?
Oleh itu, sebagai pengakhiran perkongsian saya di mana 99.999....% daripadanya ialah untuk memuhasabahkan diri saya, saya inging mengajak untuk kita sama-sama faham bahawa transit kehidupan di dunia bukanlah suatu transit yang nyta dan kekal abadi. Seharusnya dilakukan persediaan dari segi amal ibadah kita agar kita bersiap-sedia untuk berpindah daripada transit yang rendah kepada transit yang lebih tinggi nilainy di sisi Allah SWT.
Sama-sama kita koreksi diri, menuju transit kehidupan yang abadi.
*Mohon doa kalian agar terus diberi kekuatan untuk berkongsi. Sayang kalian kerana Allah SWT.
Post a Comment