Followers

2006 terbenam, terbatlah pula 2007

Sinar mentari memancar terik di pagi itu,
Tanda terbenamnya sudah tahun 2006...

Kokokan Jaguh si ayam Jantan,
Simbol terbitnya dia si 2007...

Kicauan burung menyambut kehadirannya,
Embun pagi menangisi perginya 2006...

Terkandung pelbagai nostalgia,
Tanda umur kita yang kian pendek...

2007 membuka tirai,
2006 berlalu pergi,
Tinggallah 1001 nostalgia,
Subur tersemai di dalam qalbu...

Namun,
365 Hari itu,
Sejauh mana kita beramal?
Setakat mana kita bermujahadah?
Kian meningkat usia,
tanda kian dekatnya kita dengan MATI...

Kalau usia habis sia-sia,
Apa masih ada bekal,
untuk bertemu, menghadap,
Dia Yang Maha Esa?

Kukira jawapannya hanya diri kita yang tahu,
Sementara masa masih ada,
bersama kita menyelamatkan diri,
Sebelum diri dijemput Izrail untuk ke Sana...

One Response so far.

  1. mmg benar. tanpa kita memuhasabah diri kita,kita mungkin x sedar betapa banyaknya dosa yg telah kita lakukan pada thn nie. walaupun buku amalan yg lepas telah dbawa naik ke langit tapi kita masih lagi leka dgn segala yg berunsurkan nafsu & duniawi berbanding ukhrawi

Popular Posts