Followers

Keputusan PMR keluar 28 Disember...

Am

--------------------------------------------------------------------------------
19 Disember, 2006 16:53 PM

Keputusan PMR 2006 Diumum 28 Dis


KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diumumkan pada 28 Dis depan, menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia Selasa.

Pelajar-pelajar boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Ahamad Sipon akan mengumumkan analisis keseluruhan keputusan PMR pada persidangan akhbar sehari selepas itu.

Seramai 448,324 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu dengan 93.7 peratus (420,177) dari sekolah bantuan penuh kerajaan.

Sebanyak 0.7 peratus (2,894) adalah calon Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Perantis Tentera manakala 2.4 peratus (10,766) dari sekolah agama tadbiran kerajaan negeri.

Sementara itu, 2.6 peratus (11,774) calon dari sekolah swasta, 0.2 peratus (1,110) calon persendirian perseorangan dan 0.4 peratus (1,603) calon sekolah agama rakyat.

-- BERNAMA

Popular Posts