Followers

Salam Ukhwah Dariku

Assalamualaikum wahai saudaraku sekalian. Moga-moga dengan pertemuan kita dalam madah ini dapatlah kita saling ingat-memperingati antara satu sama lain.
Hasan Al-Basyri pernah berkata," Jangan tentukan harga dirimu kecuali dengan syurga. Jiwa orang yang beriman itu mahal, tetapi sebahagian daripada mereka menjualnya dengan harga yang murah." Remaja sekalian adalah makhluk yang paling mulia yang diciptakan oleh Allah SWT. Makhluk yang paling kuat kerana di antara ratusan ribu sel sperma, kitalah yang berjaya memenangi perjuanganuntuk terus hidup.
Pernahkah kita berfikir untuk memberikan berapa nilai pada diri kita? Apakah harga pada dirir kita? Apakah harga diri kita ibarat dunia yang ingin dikuasai dengan harta seperti emas dan perak yang selalu ingin dimiliki? Oleh itu wahai saudaraku, renung-renungkanlah.
Sayangnya, hanya sebahagian kecil daripada kita yang menyedari jiwa kita adalah makhluk beriman dan harta yang paling mahal. Sebaliknya, lebih ramai yang berfikir bahawa harta dan dunia itu lebih berharga, lebih mahal berbanding sebuah jiwa beriman. Minda sebegini menyebabkan kita sering menangis pada saat kesempitan wang ataupun kehilangan pekerjaan. Kita tidak pernah berasa menyesal dan menangis ketika hati sudah mula mati dan menjauhi Allah SWT.
Jadi, apa lagi yang boleh kita harapkan sebagai pembantu di akhirat kelak? Jika ketaatan kepada Rabb sudah tidak ada lagi, maka dapatkah kita meraih cinta dan bertemu denganNya dalam keadaan terbaik? Jadi wahai saudaraku sekalian, seharusnya kita berfikir bagaimana untuk kita menilai diri kita sendiri sebagai seorang Muslim dan juga sebagai khalifah di muka bumi ini. Maka, akhir kata kita renung-renungkanlah dan sama-samalah kita menilai diri kita dari semua sudut.
Wassalam......
_________________________________________________________________________________
RasulullahSAW bersabda: "Dunia itu terkutuk dan di dalamnya juga adalah terkutuk melainkan zikrullah, hal-hal yang bersangkutan dengan zikir, seorang pelajar dan seorang 'alim."
_________________________________________________________________________________
Akhakum fillah......
matri_perlis

One Response so far.

  1. wahai shbt2ku. ana harap antum komen la apa2 patut

Popular Posts