Followers

Kembara Ilmu

kembara ilmu selaut cahaya

milikTuhan tiada bertepi

diselam tak jejak ke dasar

ditimba tak luak setitis


kembara misi lembah nurani

menakung titisan ilmu suluhan budi

resapan dari akal yang murni

untuk diuntai mutiara sufi

menjadi azimat menuju firdausi


lembah nurani fitrahnya suci

jangan ditinggal gersang

jangan dibiar hitam

gersang nurani kerana tiada ilmu

hitam nurani kerana dosa bertimbun


noda di hati melemahkan minda

kembara sufi terasa sukar

sesatlah di dalam pelayaran

hanyut tiada pedoman

akhirnya karam dalam kegagalan.....

Popular Posts