Followers

Generasi Al-Quran Unik

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Peserta Lelaki

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Peserta Perempuan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sesi Mind-Setting


Realiti manusia pada hari ini dikatakan berada di tepi jurang kehancuran. hal ini kerana umat manusia pada hari ini telah kehilangan nilai tidak kira samada dari segi jasmani dan rohani. Jadi, penyelesaian terhadap masalah ini dapat diselesikan kiranya kita sema kembali kepada Islam. Namun begitu, kita seharsnya ingat bahawa Islam tidak dapat tertegak tanpa hadirnya ia dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

Sekilas pandang, kehadiran umat Islam di muka bumi ini telah terputus sejak sekian lama kerana Islam itu bukanlah hanya pada sekeping tanah yang ada dalam sesebah kawasan yang dipanggil negara. Tetapi, umat Islam ialah sesuatu golongan yang mana menilai daan menimba kehidpan mereka berpandukan kepada smber-sumber Islam. Memang kita dapat lihat umat Islam pada hari ini ditindas begitu sahaja dengan sisitem hidup yang menyelewengkan kita dan kita semua perlu BANGKIT !!! Namun begitu, kita harus ingat bahawa jarak kebangkita kita semua ntuk memimpin dunia ini masih lagi jauh.

Inilah yg dikatakan dengan " Generasi Al-Quran yang Unik ". kata Imam as-Syafie, " Jika kitab ini (Al-Quran) tidak diturunkan sekalipun, memadailah dengan adanya surah ini (al-Asr) untuk dijadikan petunjuk." Tambahan pula, jika Allah SWT menyukai seseorang hambaNya, Dia akan mencampakkan kecintaan kepada mereka akan iman dan dihiasi dengan nilai-nilai keimanan itu sendiri. selain itu, mereka-mereka yang terpilih juga akan dilemparkan dengan kebencian yang amat kepada nilai-nilai kekufuran dan maksiat. Maka, mereka inilah golongan yang diberikan petunjuk.

Oleh itu, persiapan perlu dilakukan dalam diri kita untuk mencapai taraf sebagai generasi Al-Quran yang unik adalah dengan menjadikan Al-Quran sebagai sumber utama sebagai sumber kefahaman seterusnya melaksanakannya dengan apa yang terkandung di dalamnya. Perkara ini disebut dalam Surah Ali-'Imran ayat {2}.

Serasi dengan itu, kita mestilah menerapkan Al-Quran dalam diri kita seolah-olah agar diri kita ini sentiasa istiqamah dalam beramal dengannya. Impaknya, hidup seseorang itu secara 'totally'nya akan benar-benar terputus daripada kehidupan jahiliyyah.


Fathi Yakan pernah berkata,

" Kita mesti mencabut akar-akar jahiliyyah dalam hati-hati kita dan seterusnya menyemai benih-benih Islam dengan berterusan agar ianya mekar subur."

Catatan pengembara :Brohandzalah_91
Tempat :Asli Advanture Resort, Hulu Langat, Selangor
:Kem Pewaris III








Popular Posts