Followers

Hiburan Dan Dakwah


Sekadar Perkongsian


Oleh : BroHandzalah



" Terdetik dalam hati ini untuk menulis tentang suatu perkongsian rasa yang mana pada tahun inilah merupakan tahun paling banyak naik ke atas pentas. Bukan menerima anugerah dan pangkat, tetapi mengorakkan diri ini ke dalam medan dakwah berbentuk hiburan".


Realiti pada hari ini, manusia melihat hiburan itu sebagai satu medan untuk melepaskan ' stress ' dan segalanya. Bagiku, tidak! Mengapa? Hal ini kerana bagiku ianya merupakan salah satu medan untuk menguji tahap keimanan diri kita.


Diuji dengan populariti, wanita dan sebagainya pada hari ini telah menjadi lumrah yang biasa bagi kehidupan seorang artis atau penyanyi. Bagiku, tidak! Mengapa? Adakah kehidupan sebagai seorang penasyid yang membawa imej dakwah dan Islam akan sedemikian rupa?


" Sesungguhnya, janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam lembah kebinasaan."


Jadi, saya dapat melihat bahawa penasyid pada hari ini telah lupa nilai-nilai Islam. Nasyid yang dibawakan hanyalah sekadar cinta kekasih dan lain-lain. Cukup sedikit yang berunsur keTuhanan, menerapkan sirah-sirah dahulu dan lain-lain.


Konklusinya, sedarlah kita sebagai manusia sebegini sentiasa akan diuji. Senyum selalu, dakwah dalam kelembutan.


Popular Posts