Followers

~ Sambungan Diari KHIDMAH HALUAN '08 ~

16 Disember 2008

Pada pagi tu, Alhamdulillah akan diadakan Majlis Perasmian Khi
dmat Masyarakat HALUAN yang mana dirasmikan oleh Pegawai Daerah Yan.

Pada pagi tersebut, semua peserta diminta memakai pakaian yang seragam mengikut sekolah masing-masing yakni MATRI, SMIK, dan SMASKL. SMIK dan SMASKL bawa baju rasmi mereka tetapi kami MATRI tak bawa baju rasmi. Maka dengan ini, kamilah yang dibenarkan menyarung jersi berwarna kuning " supported by " Anggun Bestari.


Selesai perasmian ada sedikit jamuan sehinggalah kami menunaikan solah Zohor berjemaah. Pada petang tersebut kami diminta untuk mengedarkan risalah-risalah berkaitan dengan tentatif program sepanjang KHIDMAH kepada masyarakat kampung. Maka ronda-rondalah kami dalam kampung. Ziarah tarbawi kerana bukanlah tujuan kami sekadar mengedarkan risalah tetapi seharusnya kita menggunakan peluang yang ada untuk mengukuhkan ikatan hati antara penduduk kampung akan kehadiran kami. Selepas Asar, kami akan bertempur di padang bola sepak antara pasukan HALUAN dan penduduk belia Kg. Setar. Hmmm. Kami tewas dalam perlawanan tersebut 1 berbalas 4. Tapi apapun, kekecewaan tidak akan terasa jika kita bermain kerana Allah SWT.

Pada sebelah malamnya, pihak urus setia KHIDMAH mengadakan tayanganvideo kepada penduduk kampung. Ana tak ingat tajuknya apa tapi video dari Iran. Seronok tapi mungkin Allah nak uji, ada sedikt masalah di pertengahan cerita tersebut. Apapun, semuanya ujian daripada Allah SWT.


" Serulah (manusia) kepada jalan Allah dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah/ berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Allah jualah yang lebih tahu orang-orang yang sesat dari jalan Allah SWT, dan Dia jualah yang tahu orang-orang yang mendapat hidayah petunjukNya."

17 Disember 2008

Selepas Subuh ada sedikit penyampaian daripada Cikgu Azmi Bahari dan bagi ana, hari itu merupakan hari terpenting sebelum diserahkan kepada keluarga angkat. Mengapa ya?? Sebabnya, pada hari itu kumpulan ana atau kumpulan Mu'awwinah akan memulakan khidmat mereka dalam mengadakan kelas tuisyen percuma dan kem motivasi kepada anak-anak penduduk kampung. Ana sedikit terkejut dengan kehadiran peserta/ anak-anak Kg Setar yang ramai kerana tidak sangka akan mendapat sambutan yang begitu memberansangkan. Alhamdulillah, bermula dari itulah hubungan ana dengan adik-adik Kg Setar (lelaki) terbina sehinggalah ke akhir program.

Pada sebelah petang pula diadakan kem motivasi. Majoriti peserta bagi program motivasi ini ialah adik-adik sekolah rendah dan dua orang sekolah menengah. Malah ada juga peserta cilik yakni adik sahabat ana sendiri yang digelar " Am ".

Masa 1 jam setengah yang ada terpaksa kami gunakan dengan sebaik-baiknya agar objektif yang hendak disampaikan sampai kepada adik-adik peserta kem motivasi ini. Pada masa yang sama juga ada ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Pak Cik Rosdi Baharom. Pada sebelah petang pula ada ceramah daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Yan yang bertajuk " Cintailah Sungai Kita ".


Pada sebelah malamnya pula selepas Isya, bermulalah slot bersama Cikgu Azmi bin Bahari yakni " Antara Kasih dan Harapan ". Slot ini merupakan slot perkongsian dan ana nampak, banyak memberi kesan kepada anak-anak yang menyertainya.



18 Disember 2008

Pada pagi tu, kumpulan kami yakni kumpulan Mu'awwinah akan bertolak ke tempat mandi yang menarik yakni di Seri Perigi. Kumpulan kami sahaja kerana kami dibawa oleh Abang Fazlul ke sana sebab nak qadha la katakan. Masa ramai-ramai pergi, kami sedang berkhidmat. Cuman masa tu lah yang ada. Peserta lain pula ke sekolah bagi mendengar Ceramah Anti-Dadah. MasyaAllah, cantik sungguh ciptaan Allah SWT.


Pada sebelah petang, bermulalah noktah bidayah kami untuk terjun ke dalam medan masyarakat yang sebenar apabila diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Ana, Afdholul dan Zahin berada dalam satu keluarga angkat yang sama. Alhamdulillah kami dipertemukan dengan sebuah keluarga yang mana ana lihat aman bahagia dan dapat menerima kami seadanya meskipun kami sendiri yang segan pada mulanya. Maka bermulalah cabaran kami berada dengan mereka. Mungkin, kamilah peserta yang paling jauh sekali diletakkan dalam kampung tersebut sehinggakan nak ke pusat pengumpulan kami (masjid) pun mengambil masa 10 minit untuk sampai. Tapi bagi ana, itu semua merupakan ujian keimana daripada Allah SWT. Apapun, kami senang dengan keadaan tersebut meskipun kenderaan yang ada di rumah keluarga angkat kami hanyalah 2 buah motorsikal dan beberapa buah basikal.


19 Disember 2008 ~ 20 Disember 2008


Kami berada di rumah keluarga angkat kami. dan melakukan aktiviti harian di samping beramal dan sepanjang berada di sana, kami sentiasa menarik minat anak-anak "mak" dengan minat kepada Islam. Meskipun mereka serba-sedikit tahu tentang Islam, maka kami menyempurnakannya. Sempat juga diberikan senaskhah buku Al-Mathurat kepada mereka. Pada malam terakhir, kami tidur lewat kerana baru balik dari forum. Dan malam itu juga sempat kami menulis sepucuk surat sebelum berpisah dengan "mak" dan "abah". Sehinggalah, kami berpisah, ana dapat melihat "mak" menyeka air mata menahan kesedihan untuk berpisah dengan kami. Sempat juga dihadiahkan sehelai kain batik dan sehelai kain pelekat untuk mereka. Apapun ana berharap agar Islam terus berada dengan mereka dan melaluinya dengan penuh kebahagiaan. Amiin. Kehidupan dan keimanan...




4 Responses so far.

  1. can you email me: mcbratz-girl@hotmail.co.uk, i have some question wanna ask you.thanks

  2. I'd add you in Yahoo Messenger and Windows Live Messenger. Accept my request. Thanks.

  3. I will pass on your article introduced to my other friends, because really good!

  4. alerts says:

    It seems different countries, different cultures, we really can decide things in the same understanding of the difference!
    nike shoes

Popular Posts