Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua pembaca dan penziarah blog Kesetiaan Yang Sempurna. Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi memberikan kepada saya untuk menghirup udara oksigen, merasai nikmat-nikmat yang diberikanNya dan juga masih dapat meneruskan medan saya dalam berblog ni...
Alhamdulillah, saya masih lagi dapat meletakkan post-post yang mana kita dapat kongsi bersama. Antara saya dan anda semua... Maka, tidak wajarlah kiranya post-post saya di sini nmembawa kepada mesej yang tidak dipersetujuiNya.
Alhamdulillah juga saya panjatkan, kerana baru-baru ini semestinya ada dalam kalangan kita yang mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam Peperiksaan SPM. Maka, Allah SWT juga telah mengizinkan saya untuk mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan ini. Mengikut bilangan subjek yang saya ambil...
Alhamdulillah juga, Allah SWT telah memberikan saya ilham tikala saya sedikit gembira, terketuk hati ini untuk menilai kembali... "Siapakah yang memberikan aku kejayaan ini?".
Maka saya membawakan kepada anda satu tajuk ~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~
Saya cuba mahu membawa jiwa-jiwa kita supaya menghayati satu tabiat seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Di mana jika beliau mendapat pujian ataupun ucapan kejayaan daripada manusia lain, seraya beliau terus menadah tangan kepada Allah SWT...
Seolah-olah kita merasakan bahawa, kejayaan yang kita tempa itu merupakan hasil usaha titik peluh dan susah-payah kita tanpa menghubungkaitkan kejayaan kita itu dengan Allah SWT.
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT
Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah
Tidak jeliklah kiranya ada dalam kalangan kita sendiri yang mengatakan bahawa
~ KEJAYAANKU ADALAH KEJAYAAN ISLAM ~
Dan apabila kita menemui kegagalan, seperti biasa kita dengar... Gagal itu tak bererti kita gagal selam-lamanya. Ingin saya sejukkan hati anda yang membaca post ini bahawa mungkinkah Allah SWT menangguhkan kejayaan kita pada suatu masa di mana kita benar-benar sentiasa mengingati Allah SWT. Juga Allah SWT mahu menguji kita, adakah kita mempersalahkan Dia atas kegagalan kita. Buka mata buka hati...
Adakah kita telah bersedia untuk kejayaan kita di 'alam kehidupan' kita yang kedua. Ataupun kita mahu gagal di sana nanti.
Maka, kejayaan yang kita kecapi itu tak semuanya akan kekal. Hasrat yang terpendam dalam hati itu perlulah kita menghubungkaitkan dengan Allah SWT. Dan kegagalan itu merupakan titik tolak kepada kejayaan kita. Asalkan kita terus istiqamah dalam beramal. Kerana Allah SWT tidak akan bertanyakan kepada NATIJAH ( Hasil ) tetapi Allah SWT akan bertanyakan kepada kita setakat manakah kita berusaha...
Akhir kata dariku, sambutlah salam rindu dan salam tahniah dariku. Moga-moga kita sama-sama menjaga HDA ( Hubungan Dengan Allah SWT ). Salam mahabbah...
Post a Comment