Followers

Cinta Kau dan Dia


meletakkan cinta pada tempatnya...

" Aku cinta dan rindu padamu."

" Aku cinta dan rindu padaMu."

Alhamduillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan peluang kepada saya untuk menulis satu tajuk yang mana amat famous dalam kalangan pemuda dan pemudi pada hari ini.

Dapatkah anda bezakan kedua-dua bentuk frasa ayat dialog di atas? Semestinya anda bijak menilai tentangnya.

Sememangnya kita amat bersemangat jika kita memulakan sesuatu bicara yang berkaitan dengan cinta. Itu suda menjadi fitrah kejadian manusia untuk saling berkasih-sayang antara satu dngan yang lain. Semua makhluk Allah SWT mempunyai dan diciptakan secara fitrahnya mempunyai rasa kasih dan sayang.

Rasulullah SAW pernah bersabda, yang berbunyi:

" Sesungguhnya Allah SWT berfirman, pada hari kiamat kelak, mana-mana orang yang saling mencintai kerana keagunganKu. Hari ini, akan Ku naungi mereka di mana tiada naungan yang lain selain daripada naunganKu."

Semestinya, kita ini terlalu cinta dengan pelbagai perkara. Cinta terhadap agama, cinta terhadap bangsa, cinta terhadap negara, cinta terhadap harta dan lain-lain. Yang paling penting sekali buat kita yang sudah berpasangan itu adalah cinta terhadap pasangannya.

Dan, kita juga mungkin sudah acapkali dikecewakan dengan perkataan dan teori-teori cinta tersebut.

"Arghh!! Bencinya aku..."

Pernah berlaku bukan? Cinta yang mendalam terhadap semua perkara itu akan melahirkan kesan yang mendalam kepada kita tatkala kita dikecewakan, bukan? Tidak mungkin dalam proses cintan-cintun ini, kecewa tidak datang menjengah.

Jika kita cintakan harta, kita kecewa apabila muflis.

Jika kita cintakan manusia, kita kecewa bila terputus hubungan dengannya.

Tetapi, di sebalik segala kekecewaan tersebut, kita lupa kepada satu cinta yang mana pastinya kita tidak akan kecewa buat selama-lamanya jika bercinta denganNya. Bahkan, ketenangan dan kedamaian pula yang akan menghampiri diri kita.

Cemburu dan kecewa tiada. Cinta berbalas adalah suatu yang nyata. Adakah anda tahu apakah cinta itu? Sudah dapat diteka kan?



Kepada siapa harus dicintai?


Ya! Cinta kepada Rabb yang menciptakan dan memberikan segala nikmat kepada kita...

Realiti dan mutakhir kini, hamba-hamba Allah SWT di muka Bumi ini semakin menjauhi diri mereka daripada mengejar cintaNya. Ini merupakan satu kerugian bagi kita.

" Mengapa ya? Apa yang ruginya? "

Saya menyatakan bahawa kejauhan kita daripada cinta Allah SWT adalah kerana cinta Allah SWT itu akan terbalas dengan segala janji Allah SWT. Sesungguhnya janji Allah SWT itu adalah pasti.

" Bagaimana kita katakan yang kita telah mencintaiNya? "

Faktor pendorong bagi menyemai rasa cintanya kepada Allah SWT adalah dengan melihat dan mencari tanda-tanda kecintaan Rabb kepada hamba-hambaNya, ataupun melihat segala nikmat-nikmat yang diberikan kepada kita di dunia ini. Semua yang Allah SWT lakukan ke atas hamba-hambaNya itu adalah bersebab.

" Maka tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia itu adalah semata-mata untuk berubudiah kepadaKu..."

Bagaimana cinta kita kepadaNya, maka lebih lagi cintaNya kepada hambaNya. Bahkan cinta kita terbela. Jika kita ingat Allah dan cinta kepadaNya, maka Dia akan lebih lagi mengingati kita.

Allah SWT berfirman dalam Surah Muhammad :

"...dan Allah lah Yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang sentiasa memerlukan kepadaNya. "

Fenomena Allah SWT mencintai kita dan kita mencintai Allah SWt merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dalam umat Islam.Yang lebih berharga dan bernilai lagi apabila cinta kepada Allah SWT melahirkan insan-insan yang rindu kepadaNya dengan tangisan-tangisan yang menenangkan jiwa dan hati yang fitrahnya suci.

Justeru, di akhir kalam saya, ingin saya mengajak diri saya dan kalian untuk mari bersama-sama mencintai Rabb yang telah memelihara kita sejak azali kerana Dialah tempat yang sebenar-benarnya kita melabuhkan cinta.

Jika orang bertanya kepada kita akan cinta makhluk...

" Kau cintakan dia. Tapi, adakah dia cintakan kau? " Jawapan kita." Barangkali. "

Tetapi cuba jika orang bertanya kepada kita akan cinta kepada Allah SWT...

" Kau cintakan Dia. Tapi, adakah Dia cintakan kau? " Jawapan kita." Ya! Dia mencintaiku, pasti. "

Berbaloi bukan? Manakah yang perlu lebih diberi prioriti...

Maka tunaikanlah hak kita sebagai hamba kepada Allah SWT dan serulah orang lain agar sama-sama mencintaNya. Kerana rahmat dan kasih-sayang Allah SWT itu amatlah besar pengertiannya.

" Mencintai dan dicintai kerana Allah SWT..."


* Brohandzalah Copyright 2009

brohandzalah_91@yahoo.com.my

One Response so far.

  1. salamu'alaykum..
    nice post!
    bukan mudah remaja skarang melihat kbenaran..
    cinta pd Allah..
    rasanya semua org Islam,kalau diikutkan akal yg waras..
    mungkin akan mengatakan cinta pd Allah..
    tapi sygnya,hakikat perlakuan dan iman tak menuju pada kata2 'cinta Allah' itu..
    benar,menyinta dn dicinta itu fitrah mnusia..
    tp,trletak pd kita..
    cinta yg manis brsama redha Allah..
    yakni cinta yg Allah dah pn gariskn dlm Islam..
    atau,
    cinta yg disela nafsu syaitan yg berada dlm laknatullah?
    'sesungguhnya cinta sesama manusia tak bermakna selagi tiada rasa cinta pada Pencipta Cinta'

Popular Posts