" Macam mana lah ana nak edit blog ana ni? "
Persoalan ini yang bermain di fikiran saya sekarang ini.
Anda tahu kenapa?
Sememangnya, setiap manusia itu akan menempuh satu perjalanan yang panjang dalam kehidupannya dan setiap kehidupan seorang manusia itu, akan ada cabaran-cabaran yang menanti mereka di hadapan.
Begitulah juga diri saya. Kerana pada hari Sabtu ini, 23 Mei 2009, diri ini akan mula berhijrah ke Selatan bagi menyeru perjuangan jihad dalam menuntut ilmu.
"Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang Muslim."
Sehubungan dengan itu, InsyaAllah saya akan menyahut seruan tersebut dan bermulalah satu penghijrahan baru bagi saya.
Kalau suatu ketika dahulu, saya berada di alam tadika.
Kemudian alam pra-sekolah...
Kemudian alam sekolah rendah yang penuh dengan kenangan manis pahitnya...
Kemudian alam sekolah menengah yang lagi hebat kenangan-kenangan manis dan pahitnya...
Dan kini, bakal menjengah ke alam lain. Alam yang diuar-uarkan lagi penuh dengan cabaran dan dugaan. Bak kata Bahasa Inggerisnya, jika berada dalam alam ini, takut-takut kita akan mengalami 'culture shock'.
Apakah alam itu?
Semestinya anda tahu dan dapat meneka. Ya! Alam IPT.
Maka saya akan berada di alam itu.
Sehubungan dengan itu juga, Blog Kesetiaan Yang Sempurna juga mungkin akan tergendala buat sementara waktu. Atau mungkin juga buat beberapa minggu. Atau mungkin juga beberapa bulan.
Hakikatnya bagi saya, sedikit sukar hendak terus 'commit' dalam meneruskan menulis dalam blog ini kerana saya tidaklah ada kemudahan seperti 'notebook' sendiri ketika di sana nanti.
Namun, InsyaAllah saya akan cuba sedaya-upaya untuk meng'update' blog ini walaupun masa dan keadaan seikit menghalang. Saya mohon maaf sekiranya kalian menjengah ke sini, tetapi isinya masih perkara yang sama.
Minta maaf saya 'lafazkan'.
Akhir kata dari saya, teruskanlah mengirim doa buat saya dan sahabat-sahabat saya agar terus 'commit' dalam proses tarbiah(didikan) Islamiah.
Doa kalian saya amat-amat saya harapkan. Kerana dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim ini, bukan kita nakkan 'success' dalam hal duniawi sahaja bahkan perlu kepada 'tawazun'.
Maka akhiratnya juga perlu kita seiringkan dengan hal-hal dunia. Moga Allah SWT bersama kita, InsyaAllah.
Salam ukhwah dari 'meja' saya...
Yang mengharap doa kalian,
Kesetiaan Yang Sempurna...
Brohandzalah Copyright 2009
Salam...
InsyaAllahh
janji tuhan itu benar
pasti akan diberikan cara utk anta berblogging..
-arrizku min haistula yah tasib-
Semoga berjaya di destinasi seterusnya..
Istiqamah dlam berjuang
wallahua'lam..
wassalam
Kepada Panod,
Kata-kata anta itu mengingatkan ana kepada satu lagu nasyid yang pernah ana dendangkan suatu masa dulu.
"Sayang Tuhan(Allah) janjiNya pasti.."
Terima kasih juga kerana sudi mendoakan ana dan sahabat-sahabat yang lain.
Sememangnya kehidupan sebagai seorang yang bergelar mahasiwa di IPT ni mencabar.
Doakan agar ana menjadi 'pelarut' dan bukannya terlarut dgn suasana.
Sama-sama menjadi hamba yang punya 'Kesetiaan Yang Sempurna' kepadaNya...