Followers

Inilah Hakikat....Inilah Niat

Bagaimana kita mencorakkan hati dan niat...

"Apa tujuan kamu sambung belajar di sini sebelum kamu masuk ke UIA..."

"Mardhotillah.."Jawab beberapa pelajar secara tersenyu
m-senyum.

Pensyarah saya bertanyakan kepada pelajar-pelajar (rak
an-rakan) saya dalam Kuliah Basic Themes of al-Quran. Saya berada dalam aliran Sains Kemanusiaan tetapi ini merupakan subjek pilihan.

"Betul kah?" Bidas pensyarah saya.

"Hakikatnya, betul atau tidak kita datang, sambung dalam bidang Sains Kemanusiaan ni, kita mengharapkan kita akan mendapat pekerjaan yang baik pada masa hadapan. Betul tak?"

"Betulll..."


Bagi saya, semestinya soalan ini berkait rapat dengan niat dan matlamat seseorang insan itu dalam sesuatu perkara. Maka itulah yang berlaku dalam situasi di atas.

Soal kejelasan niat dalam sesuatu tindakan adalah rukun utama bagi segala gerak kerja. Setelah akidah seseorang itu selamat dan sejahtera, Islam meletakkan syarat utama bagi setiap amalannya pula adalah niat yang betul. Nabi s.a.w bersabda:


“Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat...” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sesungguhnya, dalam kita menuntut ilmu itu merupakan ibadah yang mana jika kita menuntut ilmu itu hanyalah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT (mardhotillah). Ibadah itu merupakan suatu cabang amalan yang begitu luas maksud tersiratnya. Begitu juga seperti saya katakan, dalam kita menuntut ilmu.


Dalam post kali ini, saya ingin sekali berkongsi dengan teman-teman dan sahabat-sahabat, mengapa kita berada di alam ilmu. Bagi saya, mengapa saya berada di kampus ini.

Adakah semata-mata untuk kita menuntut ilmu?

Atau adakah untuk mendapat pekerjaan yang baik pad
a masa hadapan?

Adakah kita datang sini hendak mendapat 'pasangan'?

Adakah semua ini matlamat kita?

Nampak atau tidak? Saya bertanyakan, adakah ini matlmat kita. Matlamat ini sama ertinya dengan niat. Jika semua niat kita adalah seperti di atas, maka se
gala yang kita lakukan selama ini hanyalah amalan yang sia-sia. Kerana apa saya katakan begitu?

  • Kerana kita melakukan sesuatu perkara itu bukan kerana Allah SWT dan bukan kerana mencapai redha Allah SWT
  • Kerana kita meletakkan matlamat dunia kita yang pertama berbanding kita meletakkan matlamat ukhrawi.
  • Kerana kita hanya memandang sesuatu perkara di sudut atau buat jangka masa yang pendek. Bukan untuk sesuatu jangka masa yang panjang.
Hakikatnya kehidupan kita di dunia ini hanyalah persinggahan. Jika kita menuntut ilmu kerana semua itu, semua itu hanya sementara. Dan ilmu itu merupakan sesuatu yang akan berkekaln sehingga ke dalam liang lahad kita.

"...Dan sesungguhnya Allah SWT mengangkat darjat mereka-mereka yang berilmu dengan beberapa darjat...." Surah al-Mujadalah {11}

Jika anda mengambil tahu dengan keadaan sekeliling, pern
ahkan anak-anak yang masih bersih suci pemikirannya, dididik dengan penekanan bahawa kita menuntut ilmu kerana Allah SWT? Semestinya kalian semestinya pernah mendengar dialog ini;

"Belajarlah rajin-rajin, nanti boleh dapat kerja yang baik. Gaji banyak..."

Namun, di sini ingin saya katakan dan kongsikan bersama kalian. Dari manakah datangnya ilmu itu dan dari manakah rezeki berbentuk kejayaan, gaji yang banyak itu datang? Adakah datang dengan sendirinya tanpa ada Yang Maha Pemberi yang mengurniakan kepada setiap hambaNya? Ini persoalannya.

Anak-anak ini telah dididik supaya menuntut ilmu hanyalah semata-mata untuk mengejar kejayaan dunia tanpa memikir masa depan akhirat. Adakah kejayaan, sijil-sijil, anugerah-anugerah dan segala kekayaan kita akan dibawa bersama-sama kita apabila berada dalam 'tempat yang gelap gelita' nanti?

Memang saya tidak nafikan bahawa mutakhir kini, semua in
i perlu buat seorang manusia itu untuk meneruskan kehidupan kita. Namun ingin saya menyebut di sini bahawa Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran dalam Surah ar-Rum ayat tujuh yang berbunyi;

"Mereka mengetahui yang lahir (tampak) dari kehidupan dunia, sedangkan terhadap kehidupan akhirat, mereka lalai."

Kejayaan seiring dengan niat...

Itulah realitinya pada hari ini. Dek kerana minda dan hati yang telah diproses dengan perkara-perkara dunia, manusia-manusia pada hari ini telah lupa kepada hal-hal jangka panjang mereka yakni akhirat. Meskipun dalam hala-hal seperti menuntut ilmu. Buat-buat para ibu bapa, bakal ibu bapa, pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi, ketahuilah bahawa segala setiap seuatu itu merupakan anugerah daripada Allah SWT.

Saya pernah berkongsi dengan kalian dalam post saya yang bertajuk "Kejayaan Itu Milik Allah SWT". Sememangnya saya sungguh yakin bahawa jika kita belajar dengan niat kerana Allah SWT, berusaha keranaNya, bertujuan menaikkan nama Islam dan demi mencapai mardhotillah, Allah SWT tidak akan ragu-ragu untuk memberikan kejayaan kepada kita. Bahkan kejayaan dan segala penat lelalh kita akan dikira sebagai ibadah. itulah janji Allah SWT kepada setiap manusia, tetapi anda kata kita dapat melihat janji-janji Allah SWT semestinya manusia akan berebut-rebut menggapai keredhaanNya.


"Itulah janji Allah SWT. Allah SWT tidak akan menyalahi janji-janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." Surah ar-Rum {6}

Dan kampus juga merupakan suatu tempat yang kondusif dalam kita mengkonsistenkan diri kita dalam proses tarbiah dan dakwah. Kerana itulah tuntutan yang dituntut kepada kita sejak zaman Rasulullah SAW. Kerana dalam kampus jugalah, seorang insan yang dahulunya kijang yang jinak hatinya bertukar menjadi kijang yang liar. Kerana hakikat hati m
anusia itu sering berubah-ubah. Dana proses penerusan tarbiah dalam diri itu perlulah diistiqamahkan dengan sebaik-baiknya.

Kehidupan saya di alam kampus ini sedikit sebanyak mengajar diri saya bagimana berhadapan dengan masyarakat yang mempunyai ilmu samada ilmu baik ataupun ilmu buruk. Semuanya bergantung kepada empunya hati kerana andalah merupakan pemandu kepada hati anda samada ke jalan yang lencong, atau jalan yang lurus. Semuanya bekait rapat dengan hati, niat dan keikhlasan. Insya-Allah...

Akhir kalam daipada saya setelah sekian lama menyepi,
saya hendak mengajak kita bersama-sama memperbetulkan niat kita dalam setiap perkara. Tambahan pula jika kita seorang pelajar sekolah, universiti dan sebagainya, niat itu perlu didahulukan dan yang lainnya diseiringkan dan diserahkan kepada Allah SWT setelah berusaha.

Dan, tarbiah diri itu juga perlulah berjalan seiring dengan cita-cita kita. Kerana tarbiah itulah yang menjadikan kita manusia yang kukuh iman dan jati dirinya dalam apa situasi.

Dan semestinya apabila kita dilemparkan dalam apa situasi pun, biarlah kita yang menjadi pelarut dan bukannya terlarut...

Jadilah pelarut kepada orang lain...

Perbetulkan niat, Mantapkan fikrah, Perkasakan tarbiah dan gempurkan dakwah...

Kesetiaan Yang Sempurna
Study Room B1-1-8
IIUM Nilai

Brohandzalah Copyright
2009 ©



Popular Posts