Followers

Hiburan Remaja, Yang Bagaimana?

Hiburan Islam adalah hiburan yang mendekatkan kita denganNya...Beginikah caranya?

Apalah nak jadi dengan manusia hari ini? Itulah antara keluhan rasa pakcik-pakcik yang sedang memerhatikan satu konsert sedang berlangsung berdekatan dengan masjid.

Konsert yang penuh melalaikan dan dipenuhi dengan pemuda dan pemudi serta maksiat-maksiat yang bertandang tanpa jemu.

"Tidak ada adab! Dekat dengan masjid pulak tu..."

Begitulah realitinya nasib yang menimpa umat manusia zaman sekarang, gagal dalam mencari identiti hiburan yang sebenar. Hiburan yang
mana boleh membawa diri manusia itu kepada mengingati Allah SWT, kehidupan dalam Islam dan sebagainya.

Islam adalah agama yang realistik, menyeluruh dari segi duniawi dan ukhrawinya. Dan Islam juga berjalan di atas dunia realiti dan alam keny
ataan. Islam juga mengakui fitrah manusia yang diberikan Allah SWT kepada mereka dengan rasa suka bergembira, ketawa, bersenang-senang dan bermain-main sebagaimana sukanya mereka kepada makan dan minum.

Akan tetapi, bagaimanakah kita melihat identiti dan realiti hiburan pada masa kini. Di seluruh dunia!

Hakikatnya, kekeliruan berlaku apabila umat Islam pada hari ini keliru dengan jenis hiburan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam Islam. K
ekurangan pengetahuan tentang agama Islam itu sendiri. Dan semua ini perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Justeru, bagaimanakah dengan apa yang diperkatakan sebagai HIBURAN DALAM ISLAM?

Mari kita sama-sama berkongsi...

Dasarnya, hiburan dalam Islam adalah suatu perkara yang diharuskan oleh Islam itu sendiri. Hal ini berpandukan kepada hadis Rasulullah SAW yang d
iriwayatkan melalui Aisyah RA yang bermaksud, “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)

Antara hadis-hadis lain adalah;

“Dari Aisyah r.a, bahwa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar, maka Nabi bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansar gemar se
kali terhadap hiburan.” (Riwayat Bukhari)

“Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Aisyah pernah mengahwinkan salah seorang kerabatnya dengan Ansar, kemudian Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya: Apakah akan kamu hadiahkan seorang gadis itu? Mereka menjawab: Betul! Rasulullah s.a.w. bertanya lagi. Apakah kamu kirim bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: Tidak! Kemudian Rasulllah s.a.w. bers
abda: Sesungguhnya orang-orang Ansar adalah suatu kaum yang merayu. Oleh karena itu alangkah baiknya kalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami datang, selamat datang kami, selamat datang kamul” (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yan
g menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa dan tidak melalaikan diri kita jauh daripada Allah SWT (Muraqabatillah wal-Taqarrub Ilaihi).

Remaja-remajanya kehilangan identiti, apa tindakan kita???
  • Remaja dan Berhala Hiburan
Pada saat saya menulis entri kali ini, nun di tempat konsert, ramai pemuda dan pemudi sedang tergedik-gedik menjeruskan diri mereka dalam kancah maksiat.

Dengan hiburan yang berunsurkan rock dan sebagainya, menyakitkan hati saya dan merosakan pendengaran saya kiranya. Bukan itu yang saya mahu 'highlight'kan di sini. Apa yang saya mahu ceritakan di sini adalah pemuda dan pemudi pada hari ini semakin rosak akhlaknya, terhakis keimanan mereka dek kerana sistem hiburan yang penuh melalaikan. Jika mereka yang bukan bergelar Muslim tidak mengapa. Akan tetapi, majoriti mereka yang tergolong dalam kategori manusia-manusia sebegini adalah mereka-mereka yang mengatakan diri mereka ini ialah Muslim.

Adakah ini yang dikatakan seorang Muslim?

Remaja-remaja pada hari ini, menjadi hiburan yang melalaikan ini sebagai satu benda yang menjadi pujaan dan 'berhala' dalam diri mereka. Segelintir mereka telah tersimpang jauh dari landasan hiburan yang dibenarkan dalam Islam dek kerana hati-hati mereka telah tertutup dengan kepekatan jahiliah yang pekat.

Sememangnya diakui bahawa hati dan jiwa remaja ini lebih cepat bosan.

Ali bin Abu Talib pernah berkata: "Sesungguhnya hati itu boleh bosan seperti badan. Oleh kerana itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati." Dan katanya pula: "Istirehatkanlah hatimu sekadarnya, sebab hati itu apabila tidak suka, boleh buta."

Abu Darda' pun berkata juga: "Sungguh hatiku akan ku isi dengan sesuatu yang kosong, supaya lebih dapat membantu untuk menegakkan yang hak."

Oleh itu, tidak salah kiranya untuk seorang remaja Muslim itu berhibur, bergurau dan bermain-main kiranya untuk melapangkan hati. Akan tetapi, harus diingat bahawa cukuplah sekadarnya sahaja. Dan mereka juga tidak dibenarkan untuk menjadikan harga diri dan identiti mereka sebagai sasaran permainan syaitan dalam berhibur. Bahkan hiburan yang melalaikan itu jugalah yang dijadikan sebagai kayu pengukur kejayaan remaja pada hari ini.

Allah SWT berfirman, “Hai orang-orang yang beriman! Jangan ada satu kaum merendahkan kaum lain sebab barangkali mereka (yang direndahkan itu) lebih baik dari mereka (yang merendahkan).” (al-Hujurat: 11)

Justeru, hiburan yang bagaimanakah kalian mahu pilih wahai remaja?

Hiburan yang berlandaskan Islam atapupun hiburan yang penuh dengan kelalaian? Yang menompokkan lebih banyak tompok-tompok hitam dalam hati kita.

Buka mata dan bukalah hati kita. Fikir sebelum bertindak dalam setiap perkara yang kita mahu lakukan.

Fikir-fikirkan persoalan ini, koreksi diri...

2 Responses so far.

  1. ~iMe~ says:

    Salam....ada satu persoalan di sini?mcm mana nak menjdikan diri tdak terlarut ngan suasana jahiliyyah??kdg2 sy terikut ngan budaya roomate spt dgr lagu x syark &....harap dpt jwb scepat mngkin

  2. Salam ziarah kepada ~Ime~.

    Jawapan saya untuk menjawab persoalan kamu adalah,semuanya kembali kepada diri kamu.

    "Innamal A'maalu Binniat"...

    Dalam kehidupan kita berhadapan masalah-masalah sebegini, kita perlu tanya diri kita, adakah benar apa yang kit lakukan ini, syarak di sisi Allah SWT atau tidak.

    Jika benar, teruskan...Jika melalaikan dan tidak dibenarkan, maka disimpangkan jauh.

    Anda seharusnya menjadi pelarut buat kawan-kawan anda, bukan terlarut.

    Seperti saya, saya selalu memasang lagu-lagu nasyid di bilik saya kuat2 meskipun roomate saya memasang lagu2 yg melalaikan.

    Alhamdulillah, lagu2 yang mereka dengar sedikit demi sedikit juga telah berubah kepada nasyid.

    Ingat!

    Anda pelarut kepada suasana, bukan terlarut dengan suasana...

Popular Posts