Followers

Nostalgia Sepanjang Menyepi...

Alhamdulillah kepada Yang Maha Pemberi...

Alhamdulillah...

Itulah ucapan yang saya mampu ungkapkan untuk dikongsikan bersama pembaca-pembaca Blog Kesetiaan Yang Sempurna.

Hati ini sebenarnya terasa rindu apabila meninggalk
an blog ini buat sementara waktu. Pelbagai perkara yang saya mahu kongsikan sepanjang penyepian saya.

Alhamdulillah...

Allah SWT mengurniakan pelbagai peluang dan perkara-perkara baik
buat saya sebagai hambaNya untuk meneruskan kehidupan di langit dan BumiNya ini. Itulah yang Allah SWT berikan sepanjang saya menyepi sementara waktu dalam laman saya ini. Moga-moga saya tidak menjadi hamba-hamba yang tergolong dalam mereka yang leka dengan nikmatNya.

Maka dengan ini, saya ingin berkongsikan bersama-sama kalian beberapa perkara yang menjadikan diri saya untuk terus bersemangat me
nempuh liku-liku kehidupan yang mencabar ini. Dan perkara-perkara ini jugalah yang sedikit meningkatkan kematangan diri saya yang telah menjangkau umur 18 tahun pada bulan Ogos lalu.

1. Promosi Album Paradise (Nasyid Underground)

Saya yang di tengah...Bersama Najmi (kiri) dan Mahfuz (kanan)

"Enta dah ada album nasyid kah?"

"Kumpulan Paradise tu kumpulan nasyid enta kah?"

Soalan inilah yang bertalu-talu ditanyakan oleh sahabat-sahabat say
a, senior-senior saya dan sebagainya. Tetapi, nak diberitahu di sini bahawa saya hanya sekadar membantu dan menawarkan kepada sahabat saya peluang untuk mempromosi albumnya.

Dan Alhamdulillah...

Allah izin daripada album yang tidak terjual itu dengan ini habis dijual. Jadi sesiapa yang nakkan Album Nasyid Underground Kompilasi Fakhrul AQ, Devot
ees dan sebagainya, kenalah tempahnya semula.(tersenyum)

Hakikatnya, saya sebenarnya pernah ditawarkan untuk pergi temuduga di Hijjaz Records Sdn.Bhd. untuk menjadi seorang penasyid, tetapi saya masih belum berkesempatan untuk pergi. Hajat untuk menjadi seorang penasyid itu sebenarnya sudah bermula sejak saya darjah lima. Sekarang di IPT... Dan kini, genaplah lapan tahun saya berada dalam karier sebagai seorang penasyid.


Untuk pengetahuan, saya masih belum punya album. Saya berada dalam bidang ini bukanlah kerana untuk punya album, tetapi untuk berada dalam bidang ini saya perlu jelas matlamat...

Kenapa kita bernasyid?

Penasyid dan nasyid yang dinyanyikan ada relation antara keduanya.

"Penasyid membawa imej nasyid yang dinyanyikan dan nasyid itu seharusnya membawa kepada sesuatu yang baik kepada imej Islam."

Itulah prinsip saya sepanjang lapan tahun berada dalam arena nasyid. Jika saya ada album, Alhamdulillah itu rezeki saya. (buat masa sekarang belum lagi)

Sememangnya saya tidak nafikan, ada dalam kalangan penasyid tanahair kita sendiri yang merendahkan nilai moral yang ada dalam diri mereka. Ini boleh menjejaskan seqah (pandangan baik) orang lain terhadap mereka seterusnya akan ada suara-suara y
ang berkata; "Penasyid pun merokok, tak kan lah kita tak boleh merokok".

Na'uzubillah...
Saya menolak moga dijauhi daripada diri saya sebagai penasyid.

Pesanan saya kepada semua penasyid dan sahabat-sahabat sekalian;

“ Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam ISLAM secara total, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkahan syaitan, sesungguhnya mereka merupakan musuh kamu yang nyata”
Surah Al-Baqarah ayat 208.


Sama-samalah kita menjadi hamba Allah yang tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.

Alhamdulillah... Moga saya terus berada dalam landasan yang benar sebagai penasyid. Kerana kita membawa imej Islam.



2. Di Sebalik Kesibukan, Ada Hikmah Allah Di Sebaliknya


Kalian faham dengan subtopic title saya di atas?

Apa yang kalian faham di sebalik perkataan 'kesibukan' saya di atas?

Sibuk bagaimanakah yang saya maksudkan?

Untuk perkongsian, sibuk yang saya maksudkan adalah sibuk dalam melakukan kerja-kerja yang mana Islam dapat tumpang kebaikannya. Itulah sibuk saya buat masa sekarang.

Selain itu, saya juga sedikit sibuk sepanjang tidak mengupdate blog kerana saya masih mempunyai beberapa paper exam yang perlu dijawab.

Sumbang Tenaga utk Islam + Akademik= Sibuk??

Cuba anda perhatikan 'formula sibuk' yang saya hasilkan di atas. Saya hendak mengajak bermuhasabah.

Ada orang kata; "Buat apa kita buat kerja-kerja ni semua! Akademik lagi pentinglah."..."Results teruk la nanti!"

Tapi bagi saya, itu semua tidak benar!

Hakikatnya, formula di atas itu perlulah diseiringkan dengan sebaik-baiknya.

Sumbang Tenaga utk Islam = Akademik = InsyaAllah, Cemerlang!

Alhamdulillah, itulah yang Allah SWT kurniakan kepada saya. Keputusan peperiksaan yang baik bagi Mid-Semester Exam saya dalam subjek Bahasa Inggeris dan Basic Themes of Quran (FIM). Mungkin bagi saya, bukanlah saya mahu katakan bahawa saya ini cemerlang. Tetapi keputusan peperiksaan yang baik.

Sebagai seorang Islam, kita perlu yakin dengan janji-janji All
ah SWT.

"Barangsiapa yang menolong agama Allah SWT, maka Allah SWT akan mempermudahkan segala urusannya."

"Itulah janji-janji Allah SWT. Allah SWT tidak akan menyalahi janjiNya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." Surah Rum:6

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita

Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia

Itulah tanda nikmat dariNya

Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan
'Alhamdulillah
'

" Jika kita mengingati Allah SWT, maka Allah SWT akan sentiasa mengingati kita. Ketahuilah bahawa Allah SWT bersama-sama kita "

~ Markah English Mid-Sem Exam;

  • Writing ~ 7/10
  • Listening ~ 13.12/15
  • Speaking ~ 15/20
  • Mid-Sem ~ 11/15
  • Overoll marks for Mid-Sem - 46.12/60
  • Target for Final Exam - 34 and above/40

~ Basic Themes of Quran (FIM)
  • FIM ~ 15/20
Moga Allah redha kalian dan redha saya juga. Moga segala usaha dan amalan kita dikira sebagai amal soleh dengan Ramadhan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.


Sentiasalah merenung nikmat-nikmatNya kembali...Hikmahnya








Popular Posts