Assalamu'alaikum dan salam ziarah kepada semua.
Sesungguhnya, saya ingin minta dan mohon maaf banyak-banyak kerana saya tidak sempat langsung hendak meng'update' blog saya. Kerana pada saat ini, jadual dan hari-hari saya dipenuhi dengan aktiviti-aktivit yang padat.
Dan Allah izin juga, fizikal saya sekarang agak lemah meskipun di sebaliknya, tampak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Moga kalian sama-sama mendoakan kesihatan saya. Saya mendoakan kalian, dan kalian juga mendoakan saya.
Akhir kalam, moga kita semua disayangi oleh Allah SWT. Moga dengan kepadatan jadual kita dalam setiap apa perkara, seharusnya kita meletakkan Allah SWT sebagai matlamat kita yang tertinggi.
Agar dengan itu, hati-hati kita akan menjadi tenang dan segala keletihan kita itu akan dibayar dengan ganjaran Allah SWT.
Ganjaran Allah SWT itulah yang terbaik.
Jadi, bagaimanakah kita mahu merebutkannya?
Tepuk dada, tanyalah iman dan hati...
saudara jadi peserta untuk program ape?
psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.
Ada salah satu prgram trainer. Just follow utk melihat dan memantau selain menjadi peserta utk beberapa slot. Terima kasih kerana sudi berziarah ke sini...