Followers

Kenangan Terindah Bersama Mereka...

Suatu ketika...

Sudah lama kiranya saya tidak mengemaskini blog saya ini. Namun pada kali ini, diri saya ingin bersama-sama berkongsi satu khabar gembira besama pembaca-pembaca yang setia dengan blog saya dan selalu berkunjung ke sini.

Pertamanya, saya ingin memohon jutaan kemaafan andai sentiasa membuat diri kalian ternanti-nanti post terbaru dalam blog saya. Maaf sangat-sangat dipohon. Jadi, terus kepada tajuk post saya di atas. Berkaitan 'Kenangan Terindah' saya bersama 'mereka'.

Mesti tertanya-tanya kan, apakah 'kenangan terindah' saya itu dan siapakah 'mereka' yang saya
maksudkan itu.

Dengan b
esar hati dan sayang 'mereka kerana Allah SWT, 'kenangan terindah' saya itu adalah MATRI VT 2010 merampas kembali gelaran Johan dalam Kejohanan Bola Tampar MSSPs U-18 daripada SMK Syed Alwi, seterusnya dianugerahkan kepada 2 orang pemainnya sebagai Blocker terbaik (Zulkarnain), Setter terbaik (Ihsan) dan Pemain terbaik Keseluruhan (Zulkarnain).

Dan 'mereka' yan
g saya maksudkan ialah keluarga VT (Volleyball Team) MATRI yang mana kami semua sudah bagaikan adik-beradik dalam satu keluarga yang besar...

Kami keluarga VT MATRI...

Plot Permainan

Bagi saya, perlawanan kali ini dalam langkah-langkah pasukan MATRI menuju ke final merupakan satu pertarungan yang sengit dan dramatis.

Tetapi, berkat keyakinan akan pertolongan Allah SWT di samping keyakinan dalam diri, Allah SWT telah menolong keluarga VT ini melangkah ke peringkat final dengan penuh bergaya dan tawadhu'. Itulah yang kita mahukan dalam setiap situasi kita menerima kejayaan.


Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah


Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8; " ... Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)"

Pada pusingan kelayakan di peringkat separuh akhir, MATRI VT telah dijadualkan bertemu dengan SMK Syed Alwi, salah sebuah sekolah projek bola tampar di Negeri Perlis.

Bagi kebanyakan penonton di dalam Dewan Rakan Muda, Kangar, perlawanan antara dua pasukan inilah yang amat dinanti-nantikan. Kerana apa? Kerana kedua-duanya merupakan pasukan yang hebat dalam kejohanan ini saban tahun. 7 tahun berturut-turut bertemu di final. Tetapi tahun lepas dan tahun ini dipertemukan dalam separuh akhir.


Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa

Semua itu dari Allah SWT


Hati gembira terasa bahagia

Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah


" Sentuhan pertama dan point pertama dalam game kita kali ini, merupakan sentuhan psikologi yang dapat meningkatkan keyakinan diri kita. Di samping kena yakin kepada Allah SWT." Itulah antara pesanan akhir saya pada malam sebelum perlawanan.

" Kita tidak boleh biar pihak lawan meninggalkan jarak mata itu terlalu jauh. Bila mata pertama sudah dalam tangan, teruskan mencari mata. Yakin dengan kekuatan yang kita ada sebab kita bawa sahsiah Islam. " Itulah antara kata-kata daripada orang-orang lama dalam keluarga VT... Rata-ratanya menekankan keyakinan diri dan keyakinan kepada Allah SWT.

Jadi, set pertama bertemu Syed Alwi. MATRI VT telah berjaya mengalahkan Syed Alwi dengan mata 25-18.

Antara babak yang paling menarik dalam set pertama adalah apabila setiap kali pemain SMK Syed Alwi di'block' atau dihadang oleh pemain-pemain MATRI. Sedikit sebanyak meningkatkan motivasi pemain-pemain MATRI dan menjatuhkan semangat pemain-pemain Syed Alwi (sebagai penonton yang melihat di be

lakang).

Set kedua bermula dengan sedikit gelisah. MATRI VT mebiarkan Syed Alwi meninggalkan mata dengan perbezaan jarak yang jauh yakni 3-8. Terus melakukan simple mistake dan Syed Alwi menukar corak permainan mereka, MATRI VT tewas dengan 22-25 kepada Syed Alwi.

"Ini set penentu. Kita mahukan set ni. SATU HATI!!" Pemain MATRI memberi cabaran kepada diri mereka.

Laungan "MATRI...." disahut.

Dengan berkat pertolongan Allah SWT, MATRI VT telah berjaya mengalahkan SMK Syed Alwi dalam perlawanan set ketiga di peringkat separuh akhir dengan mata 15 berbalas 9, seterusnya melangkah ke final bertemu dengan SMK Dato Jaafar Hassan.

Seusai, mata terakhir diperoleh, pasukan MATRI VT bersorak seperti kemenangan di peringkat final dan melakukan sujud syukur. Itulah yang sebenarnya Islam mengajar kita. Seluruh dewan bergema dengan sorakan kemenangan, takbir pasukan MATRI, mengalahkan SMK Syed Alwi.

video

Mata tera

khir separuh akhir MATRI vs SMK Syed Alwi ; 25-18, 25-22, 15-9


Kita Berusaha, Allah Yang Memberi

Alhamdulillah, segala penat-lelah, dan penantian selama setahun diberikan Allah SWT dengan hasil dan natijah yang baik. MATRI VT pernah merampas johan pada tahun 2008 daripada SMK Syed Alwi. Dan pada tahun ini, adik-adik saya mengulangi kejayaan itu.

"Untuk mendapat johan satu benda yang senang. Tetapi nak mengekalkan johan itu, merupakan satu benda yang susah."

Akan tetapi, jikalau kita berusaha dengan usaha yang berterusan dan betul matlamatnya, InsyaAllah Allah SWT akan menolong kita.

Dan jika kita bermain, dengan niat membawa sahsiah Islam, Allah SWT juga akan menolong kita.

"Sesiapa yang menolong urusan agama Allah SWT, maka Allah SWT akan mempermudahkan urusan mereka."

Tatkala ada di kalangan pemain-pemain lain memakai seluar pendek, pasukan VT MATRI tampil dengan pakaian yang menutup aurat.

Menutup aurat bukanlah penghalang kepada kejayaan. Bukankah sukan juga adalah ibadah jika betul 'teknik'nya?

Ganjaran Allah SWT itulah yang terbaik bagi setiap satu perbuatan yang baik.

Dalam Surah Luqman ayat 16, Allah SW
T menyebut,;

(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui."

Mungkin setakat ini sajalah yang mahu dikongsikan bersama saya. Sehingga kita jumpa lagi.

Doakan keluarga VT terus ke hadapan dan sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT.

*doakan juga agar saya terus apat mengupdate blog...




2 Responses so far.

  1. alhamdulillah..sangat gembira mendengar kejayaan VT.. alfun mabruk buat kalian..

  2. Alhamdulillah. Jzklh atas ucapan anti.

Popular Posts