Followers

Dasar Ukhuwah Kita...

ana nak kongsikan bersama buat peringatan kepada diri
ini yang selalu lalai dan lupa..

""menurut ibn Qayyim, kalau kita berkasih sayang,
mahabbah, berakhlaq dengan akhlaq yang indah di atas
dasar FITRAH.....semuanya sia-sia belaka. ...

yang actualnya, kerana Allah. seperti seorang ibu yang
baru melahirkan anak. dengan tiba-tiba sahaja dia rasa
kasih terhadap anaknya. itu fitrah! tapi lihatlah,
akibat manusia berkasih kerana fitrah, banyak yang
lingkup. apabila anak besar, yang bukan Islam tuntut,
itu yang mereka tuntut, ini akibat daripada tuntutan
fitrah!(didikan keatas anak)

tapi kalau kasih kerana Allah, anak itu akan dititik
beratkan dengan elemen2 iman dengan membawa anak itu
melalui fasa2 tarbawi. mereka kenal,allah,rasul dan
cinta kpd akhirat. ini barulah kasih kerana Allah.

sebab utamanya, orang kafir pun mampu mengasihi anak
mereka di atas dasar fitrah. malah, kadang mereka
mengangkat kaum wanita menyanjunginya dan
menghormatinya ,melebihi pemuda2 Muslim. seperti yang
berlaku dibarat....
dalam konteks persahabatan pulak, kalau kawan buat
silap, punya payah nak atur ayat nak tegur apabila
berkawan atas dasar fitrah. tapi, kalau kerana Allah,
pastinya pronsip ukhuwwah amar makruf, nahi mungkar.
inilah baru namanya muslim dengan fikrah yang mantap
dan jelas, dan ukhuwwah yang akrab.

jadi mungkin selama ini kita mengharungi kehidupan
kita tanpa nilai pahala.
manusia berkasih sesama saudara mereka, kerana mrk
membesar bersama.
manusia sayang kawan2 mrk sebab adat persahabatan
susah senang bersama.
manusia hormat ibubapa , kerana adat mengajar begitu.

sadisssss........manusia tertipu selama ini. semoga
Allah terus memberi petnjukNya kepada orang2 beriman
lagi bertaqwa.

jadi..kesimpulannya semua memerlukan perhatian yang
mendalam dalam aspek persahabatan dan berkasih-sayang,
islam jugak pernah mengajar erti kenikmatan ukhuwwah
fillah yang ditanam dalam hati
..pengalaman jugak menyebabkab manusia ingin terus
menyayangi dan disayangi cuma atas dasar apa??


wallahu'alam..itulah serba sedikit yang mampu kita
kongsikan..mungkin terlalu sedikit yang mampu ana
coretkan ,buat kongsi kita bersama....
kadang2 nikmat iman itu terlalu mendalam rasanya bila
kita berhubung dan berkasih sayang kerana
allah,biarpun jauh dimata,tapi diingatan sentiasa
bermain dan sentiasa merindui melalui masa2 seterusnya
dengan kasih sayang yang lebih mantap bersulamkan
keimanan dan cintakan akhirat!!!

ya Allah!! jika sesuatu itu adalah sesuatu yang
haq,maka kau kurniakanlah bagi kami hidayah bagi kami
mengikutnya!!!

Popular Posts