Followers

Ikatan Ukhwah yang Terbina....





Assalamualaikum wahai saudaraku sekalian. Setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpahan kasih-sayang serta rahmat kepada hambaNya, sehingga kini dapat lagi kita mengecapi nikmat yang begitu besar dalam diri kita iaitu nikmat iman dan islam.


Wahai saudaraku sekalian,


Sahabat merupakan seorang teman yang sentiasa membimbing kita kepada amal ma'ruf dan nahi mungkar dan mungkin juga merekalah yang akan membantu kita sebagai seorang Da'ie dalam kita memikul pikulan dakwah yang mana dakwah itu salah satunya berlaku secara jama'ah. Antara ciri-ciri sahabat yang baik ialah:


>> sentiasa mendoakan sahabatnya


>> apabila melihat wajahnya hati kita akan menjadi senang


>> sentiasa mengajak kita kepada kebaikan


Selain itu, ukhwah yang terbina akan lebih utuh jikalau persahabatan kita pernah dilalui dengan bermusafir bersama-sama, tinggal bersama-sama dan banyak lagi. Melalui 'medan' ini juga, kita dapat mengetahui sikap dan penilaian diri sahabat kita dari semua aspek. Maka yang sebaiknya jika kebaikannya dijadikan tauladan manakala keburukan dijadikan hindaran.


Sebagaimana kita tahu kadangkala terdapat asam garam dalam persahabatan. Begitulah perumpamaan yang diberi "Kadangkala kita mengharapkan cerah hingga ke petang tetapi hujan di tengahari. Tetapi dengan hujan itulah akan munculnya pelangi yang indah yang akan mewarnai kaki-kaki langit." Begitulah perumpamaannya yang mana bermaksud walaupun berlakunya asam garam dalam ukhwah, namun pada masa itulah kita akan memahami erti persahabatan dan ukhwah kita bersama mereka akan lebih ' berbunga '.
Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan sahabat kita ketika mereka masih berada di sisi kita menepati dengan kata-kata Saidina Ali ra:
*******************************
" Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."
*******************************

Popular Posts