Followers

::.Ketenangan Hati Seorang Mukmin.::


Pada hari ini, manusia seringkali mencari ketenangan dalam kehidupan seharian merake namun tidak ketemu. Di dalam hutan atau tepi pantai misalannya, dapat dilihat ramai manusia berduyun-duyun ke tempat-tempat tersebut demi melarikan diri dari sesuatu masalah yang terdapat dalam diri mereka.


Namun begitu, ketenangan bagi seorang Mukmin itu berbeza dengan ketenangan yang ingin dicari oleh orang lain. Allah SWT berfirman, " Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang". Begitulah resamnya sebagaimana yang selalu diamalkan oleh golongan Assabiqunal Awwalun pada suatu masa dahulu yg mana dengan mengingati Allah, Islam itu tersebar ke 2/3 dunia. Sebagaimana yang selalu dilaung-laungkan oleh pelajar MATRI, " HDA selalu, HDA selalu" itulah yang patut disematkan dalam diri kita sebagai manusia yang diutuskan sebagai khalifah di muka Bumi....


Makanan rohani pula adalah zikir, tilawatul Quran dan zikrul maut. Ketenangan hati juga dapat dikecapi dengan sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Oleh itu, ingatlah iman itu bukanlah angan-angan tetapi ia mestilah dibuktikan dengan amalan kita dan setakat mana usaha kita hendak mencapai mardhotillah agar di akhir nanti ada dua jalan pilihan iaitu syurga atau neraka......

One Response so far.

  1. Unknown says:

    MasyaAllah ... benar kata saudara tu

Popular Posts