Followers

Kessuma-8 di UUM


Perjalanan diriku mengorak langkah ke sana memberi seribu satu makna dan juga pengalaman manis mahupun pahit. Kessuma adalah ringkasan kepada KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA yang diadakan di UUM Sintok. Namun begitu, sebelum diriku bertolak ke sana ustaz telah berpesan yang kita kena ada " tamayyuz " dgn orang lain sbb mungkin nama saja sukan sekolah agama tapi suasananya sama saja macam sekolah menengah biasa.


Di sana pada hari pendaftaran, pasukan-pasukan dari negeri lain turut sama dilihat kelibat mereka. Timbul juga rasa gementar dlm diri namun kita selalu kena jaga HDA dan janagan pandang redah dengan pihak lawan. Esok hari, pasukan Perlis akan mula berjihad dalam bidang masing-masing. Kalau ana, dalam perlawanan bola tampar yang mana kami akan bertemu dengan Kelantan.


Sepanjang berada di sana, ustaz berpesan jangan tinggal solat berjemaah dan jangan lupa sama Al- Mathurat yang selalu kita amalkan. Bagi saya, apa yang agak sedih sikit surau di kampus tersebut agak lengang walaupun bilangan atlit pada hari itu beratus bilangannya. Begitulah sekolah agama namanya. Namun apa yang ana mampu ana ajak pasukan kami dari AL-MAAD dan ISLAHIYAH turut serta agar tak menjadi hijab kepada pasukan kami.


Hmmmmm..... Nak tulis pengalaman di sana memanglah banyak. Apapun ana mendapat dua orang sahabat baru dari Perak yang bernama Ehsan dan Thoriq dan ana berasa terharu kerana meninggalkan mereka. Moga-moga kami dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.


Akhir kata, pasukan bola tampar kami mendapat nombor 3 dalam Malaysia dan kejayaan kami bukan saja utk kami tetapi kejayaaan ini juga utk Islam......




One Response so far.

  1. MasyaAllah... begini sekali keadaan ummah di bumi sendiri! Beruntung anta dapat mengibarkan panji-panji Islam di sana...!

Popular Posts