Tujuan ana menulis artikel berkaitan alat ini hanya sebagai suatu perkongsian dengan semua yang mengenali diri ana. Sebab apa? Sebab ada sesuatu yang berlaku ke atas diri ana disebabkan benda ini.
Kita semua sedia maklum bahawa sememangnya alat komunikasi seperti handset ini memang satu keperluan kepada kita untuk berhubung dengan orang yang kita kenali. Tetapi, janganlah disalah guna! Perhubungan kita sesama manusia tetap ada batasannya tambah-tambah lagi antara lelaki perempuan yang bukan mahram. Inilah yang ana nak ceritakan.
"Umi, tau dak ada sorang kakak pengawas sahibah sama abang kan, dia cerita abang ada SMS dengan dia". Maklum adikku tingkatan 2 sahibah. Perkara ini diceritakan semasa kami sedang berbuka puasa.Hmmmm.... Sedikit terkejut dan lucu. Agak-agak kan, kenapa ana terkejut? Ini sebabnya :
- Ana ada handset dan sekolah tak benarkan pelajar bawa handset. Ana tak bawa handset ke sekolah (asrama) dan bagaimana ana nak mesej orang lain.
- Dalam kelas ana ramai bawa handset. Dah tegur tapi tak nak dengar. Mungkinkah mereka guna nama ana untuk ber" SMS " dengan sahibah.
- Sepanjang ana ada handset, tak pernah ana mesej dengan perempuan bukan mahram melainkan mak dan mak cik-mak cik ana.
Sesungguhnya dalam Al-Quran ada menyebut;
Apapun, jangan cuba cara pendekatan kepada Islam kalau kita bercinta cara Cinta Ana Anti. Itu sememangnya salah di sisi syara' kerana mempermainkan hukum Allah. Tiada istilah Cinta Ana Anti dalam Islam. Seharusnya diketahui juga bahawa tiada hubungan yang mesra antar lelaki dan perempuan yang bukan mahram melainkan atas dasar perhubungan suami isteri. So, sebelum nak mesej mana-mana perempuan tu...." Think before you do something ". Bukan apa, cuma kita nak elakkan daripada fitnah agar tidak menghampiri kita. Tambahan pula kita memegang masuliyyah di mana semua orang menjadikna kita sebagai contoh.
Akhir kata dari ana, sama-samalah kita renungkan permasalahan yang menimpa diri ana ini dan jadikan hal ini sebagai satu iktibar khususnya buat diri ana sebagai penulis.
Wassalam....
~ Kesetiaan yang Sempurna ~
Wafiy Akmal
Post a Comment