Followers

~ Diari KHIDMAH HALUAN 2008 ~

Oleh : brohandzalah_91@yahoo.com.my

Assalamualaikum dan salam cinta dari ana.Setelah selama hampir seminggu ana meninggalkan rumah, ana berasa amat-amat puas hati dengan hadirnya diri ana ke sana yakni ke Kg. Setar, Yan untuk Program Khidmat Bakti Msyarakat HALUAN 2008. Ini yang pertamanya berlaku dalam sejarah hidup ana berada berada susana masyarakat yang sebenar-benarnya dan memahami realiti kehidupan masyarakat kampung. Berikut merupakan diari ana sepanjang ana berada di Yan:


14 Disember 2008

Ana bertolak dari rumah pada pukul 2.30 petang dari Shahab
Perdana dan ana dah berjanji akan jumpa dengan Afdhol serta Mujahid di Stesen Bas Kangar. Ana sampai di Perlis pada pukul 3.50 dan terus berehat di surau. Pukul 3.30 petang ana mesej kepada mereka berdua, " Kami baru nak nak bertolak sebab tak beli tiket lagi. " Sedikit terkejut. Tapi di situlah ana mendapat sesuatu yakni setakat mana kesabaran ana dalam menepati janji. Memanglah kalau diikutkan hati baik terus ke MATRI je kan. Solah Asar, makan di sana, masih lagi menunggu sehinggalah orang lain yang sampoai dulu yakni Fauzan, Munzir dan Solahuddin. Afdhol dengan Mujahid belum sampai. Saat itu jam sudah pukul 5.47 petang. Maka teruslah menanti sahabat yang dicintai sehinggalh mereka tiba hampir Maghrib. Kami terus bertolak ke MATRI menaiki "bas lompat". Sampai sana semua dah ramai. Musolla kembali sedikit ceria dengan kehadiran kami Gen-14. Malam tu kami diberi taklimat tentang "Sukarela, Kesukarelaan, Sukarelawan". Pagi esok kami bertolak pukul 7.00 pagi.

15 Disember 2008


Kami bertolak ke sana pukul 7.00 pagi dan bermulalah kembara kami ke Yan. Dalam fikiran ana, ana berfikir pabila diri ana sampai di sana nanti, apa yang ana kena buat dulu. Hmmm. Sepanjang perjalanan, MasyaAllah cantik sungguh ciptaan Allah SWT.



Kami tiba di sana dalam pukul 10 pagi dan terus disambut oleh sahabat-sahabat Kedah dan kebanyakannya ana kenal seperti Pak Cik Razif, Pak Cik Hasnan, Pak Cik Rosli, Pak Cik Romazi dan banyak lagi. Kami punya taklimat pukul 3.00 petang. Sampai pagi. Apa nak buat? Buat pesertak KHIDMAH puteri, mereka menetap di Sek Keb Kg. Setar dan kami di balai lintang Masjid Kg. Setar. Setelah bersarapan di sana, ramai yang mengambil peluang untuk beristirehat sebentar dan ada yang berta'aruf dengan masyarakat kampung. Ana tak boleh rehat sebab badan ana taklah berapa letih. Jadi menggunakan masa terluang yang ada, ana meninjau-ninjau keadaan sekitar meskipun ni kali ke-2 ana menjejakkan kaki ke sana.
Pada waktu petang, selepas taklimat diadakan sedikit sesi ta'aruf bagi peserta putera dan sedikit tugasan diagihkan bagi setiap kumpulan sepanjang kami berada di sini. Ada yang kena bahagian makanan, sukan, kebersihan dan lain-lain. Kumpulan ana yang diberi nama MU'AWWINAH diminta untuk membantu Cikgu Azmi dan melancarkan perjalanan Kem Motivasi dan Kelas Tuisyen untuk anak-anak Qaryah Kampung Setar.





Alhamdulillah banyak pengalaman yang baik ana dapat sepanjang ana dan sahabat-sahabat ana mengendalikan slot tersebut. Tambahan pula, hubungan ana dengan adik-adik Kampung Setar bertambah erat sehingglah ke akhir KHIDMAH. Setelah selesai solah Asar,Pak Cik Jaafar membawa kami ke padang untuk mengadakan sedikit latihan bagi perlawanan bola sepak dengan pemuda-pemuda kampung yang akan diadakan keesokannya yakni pada 16 Disember 2008. Pada sebelah malamnya diadakan sedikit jamuan bersempena KHIDMAH HALUAN 2008 bersama dengan penduduk Qaryah Kg. Setar.


Pada malam itu, kami tidur dengan penuh pengharapan untuk menempuh beberapa hari di sana bertujuan terjun ke dalam masyarakat. Beginilah realitinya kita setelah kita keluar daripada kilang proses. Setelah diproses barulah kita boleh dihantar atau dieksport ke merata tempat.

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan paha;a yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan."
{ Surah An-Nahl : 97 }

* akan bersambung selepas 29/12/2008 kerana ana akan ke Ulu Langat untuk kem khas. Salam mahabbah dari meja blogger.

4 Responses so far.

  1. Alhamdulillah..
    Moga ALLAH kuatkan kalian untuk menyusuri thoriq DnT..
    Bersedia untuk menghadapi dunia yang agak berbeza..
    Doa ana sentiasa mengiringi langkahan anta..
    Moga ALLAH sayang anta.. ^_^

  2. Anonymous says:

    i think the archive you wirte is very good, but i think it will be better if you can say more..hehe,love your blog,,,

  3. Anonymous says:

    Some of the content is very worthy of my drawing, I like your information!

Popular Posts