Followers

~ Our PALESTINE ~ * Do you care??

* Dipetik dari HALUAN MALAYSIA 3/1/2008



Rejim Israel memulakan serangan udara ke bandar Gaza pada Sabtu lepas dengan melepaskan peluru berpandu dan mengebom sasaran Hamas. Dilaporkan lebih 390 orang telah terbunuh dan 1700 lagi tercedera. Tindakan Israel menyerang Gaza adalah langkah pertama selepas berakhirnya gencatan senjata selama enam bulan. Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak diberi kebebasan untuk bertindak oleh rakyat dan pemimpin Yahudi sendiri.

Serangan pada awal pagi bermula dengan pesawat udara Israel melepaskan bom ke atas sasaran umum, dibantu oleh artileri dan helikopter tempur yang berterusan hingga ke malam. Beberapa bangunan di Universiti Islam Gaza telah musnah teruk termasuk sebuah makmal yang dibiayai oleh Bank Pembangunan Islam.

Biarpun Israel menyatakan hanya kawasan khusus yang menjadi sasaran, namun kemusnahan yang dialami adalah lebih jauh daripada jangkauan kita. Banyak kawasan awam dimusnahkan termasuk sebuah masjid di Khanyonis. Seorang lelaki tua turut terbunuh di Rafah, selatan Gaza.

Balai polis di kem pelarian Il Burej dan Bait Lahia menjadi sasaran seterusnya. Di pesisir pantai Gaza, tentera ganas Israel melancarkan serangan ke atas kapal yang membawa tiga tan ubat-ubatan dari Cyrpus ke Gaza sehingga mengalami kerosakan teruk. Manakala di utara Gaza, dua orang kanak-kanak yang berumur 4 dan 11 tahun maut dibom oleh pesawat F16 Isreal yang dibekalkan oleh sekutu rapat, Amerika Syarikat.

Hari ini pula dilaporkan seorang pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan dan isteri serta anak-anaknya telah dibunuh dalam serangan udara tentera zionis.

Peralatan perubatan dan keperluan untuk mereka yang cedera dalam keganasan Israel semakin krtitikal. Sumber-sumber perubatan memaklumkan bahawa ubat-ubatan di Hospital Gaza sudah kehabisan dan hospital itu sendiri tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Tentera-tentera ganas zionis bersusun atur di sempadan Gaza bagi menghalang kemasukan sebarang bantuan kepada penduduk Gaza khususnya keperluan makanan dan perubatan.

Keadaan di Gaza ketika ini sangat sukar, bahan bakar dan makanan semakin kurang kerana sekatan yang dikenakan oleh Israel sejak dua tahun lalu. Roti, beras dan minyak masak semakin sukar diperoleh. Keadaan amat berbahaya bagi mana-mana penduduk Palestine untuk keluar mencari makanan kerana sebarang objek yang bergerak termasuk orang yang sedang berjalan atau basikal boleh menjadi sasaran tentera zionis pada bila-bila masa.

Krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing. Pada 14 November lalu, gudang makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditutup kerana rejim Yahudi menghalang penghantaran makanan dari memasuki semenanjung Gaza. Walaupun Israel mendakwa pihaknya telah mengundurkan tentera dari Gaza, mereka sebenarnya berbohong. Hakikatnya, mereka mengundurkan tentera ke sempadan, menghalang bekalan makanan dan ubatan dari memasuki Gaza menyebabkan 1.4 juta penduduk Palestine merana.

Sekutu rapat zionis, Amerika Syarikat menyokong penuh tindakan ganas Israel dan memaksa Hamas untuk menerima kematian beratus-ratus rakyat Palestine. Dalam erti kata lain, Amerika sebagai negara kuasa besar merestui serangan Israel ke atas rakyat Palestine yang serba kekurangan. Rakyat negara-negara Eropah yang bersimpati dengan penderitaan penduduk Palestine mengadakan demonstrasi mengutuk Israel.

Di New York, Majlis Keselamatan PBB mengadakan sesi tergempar selepas negara Arab mengemukakan resolusi mendesak Israel menamatkan serangan tetapi delegasi Barat menyifatkannya tidak seimbang malah mahu rundingan diteruskan.

Liga Arab masih menyandarkan lagu lama untuk menghadapi masalah rakyat palestine. Pemimpin-pemimpin negara Arab sedang bertelagah untuk mengadakan mesyuarat bagi mengutuk serangan berdarah Israel itu. Dalam pada itu, terdapat kritikan dari pemimpin Arab terhadap rakyat Palestine ketika penduduk Gaza sedang merana. Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit mengkritik Hamas dengan mendakwa Hamas telah memberi ruang kepada serangan Israel kerana tidak menghentikan serangan roket.

Bagi masyarakat Islam Malaysia, memo bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat telah dihantar bagi menyatakan protes dan mengutuk tindakan ganas rejim Yahudi yang membunuh rakyat palestine tanpa mengira kanak-kanak, orang tua atau wanita.

Yahudi adalah bangsa yang tidak tahu menghormati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mengenakan sekatan makanan dan ubat-ubatan sehingga menyebabkan kematian, membekukan wang sumbangan dari masyarakat Islam seluruh dunia dan bersikap degil di atas gesaan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan serangan. Pada saat ini, tentera Yahudi telah mengebom sebuah masjid yang didakwanya sebagai setor menyimpan senjata dan memusnahkan lebih sedozen rumah. Sebagai mengambil hati masyarakat antarabangsa yang mula memberi tekanan ke atas rejim zionis ini, mereka mula membenarkan beratus-ratus rakyat Palestine yang memegang paspot asing untuk meninggalkan Gaza.

HALUAN menggesa serangan ke atas Palestine dihentikan segera. Kematian dan kecederaan yang dialami oleh rakyat Palestine tidak dapat diteruskan lagi. Keganasan tentera rejim Isreal mesti segera ditamatkan.

*Anda boleh menyumbang kepada usaha Sekretariat HALUANPalestin untuk projek bantuan mangsa-mangsa kekejaman rejim Zionis di Palestin melalui

Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
No Akaun: 14-023-01-003429-2
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad


* Play this song before you leave this blog

4 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    i think the archive you wirte is very good, but i think it will be better if you can say more..hehe,love your blog,,,

  2. Thanks for ur comment. InsyaAllah, I will try my best to impart ISLAM for all of us, also me. Because this is my way with this blog. ^_^ Hope that u can still follow my blog.

  3. Anonymous says:

    Very rich and interesting articles, good BLOG!

  4. FaRaWaY says:

    Sgt mnarik ya~~

    keep on ur work...

Popular Posts