Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua pelawat blog saya. Alhamdulillah saya ucapkan kerana Allah SWT memberikan kepada saya sedikit peluang untuk saya meneruskan penulisan saya dalam blog ini. Kerana selepas ini mungkin akan kembali sepi.
Sebenarnya, penyepian saya selama ini, hampir 3 minggu ini bukanlah kerana tidak ada ilham dan tidak rasa mahu menulis.
Tetapi di sini, saya sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih penting daripada yang penting perlu saya laksanakan.
Semua ini memerlukan pengorbanan dari segi masa, wang dan diri saya. Justeru sepanjang 'pengembaraan' saya., Alhamdulillah Allah SWT memberikan saya banyak ilham untuk menulis. Namun sedikit sahaja yang sempat saya kongsikan.
Maka, dalam post saya kali ini, ingin saya kongsikan kepada anda sebagai pembaca mengenai satu tajuk. Satu tajuk yang mana mungkin kita selalu melaluinya. Sejak di alam roh, bayi yang kecil, kanak-kanak, budak-budak, remaja, dewasa, tua dan seterusnya kita kembali kepada Allah SWT Maha Pencipta.
Tajuk yang saya nak kongsikan pada kali ini berkaitan dengan "Nikmat Kehidupan" InsyaAllah. Tajuk ini cuma merupakan satu perkembangan yang ana kembangkan melalui perbualan saya dengan seorang pensyarah dari UKM yakni Dr. Azizan bin Ahmad ketika kami bersama di Langkawi.
Dalam realiti kehidupan hari ini, dunia yang penuh denga mehnah dan tribulasi, kita sering diuar-uarkan dengan berita kematian. Antaranya bunuh diri.
Bagi membuka minda, saya mengaitkan hal ini dengan nikmat kehidupan yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Mengapa perkara sebegini begitu banyak berlaku pada hari ini.
Allah SWT berfirman yang berbunyi:
Adakah anda tahu mengapakah kita dijadikan oleh Allah? Dituskan oleh Allah SWT ke atas muka Bumi ini.... Bermula daripada Nabi Adam a.s sehinggalah ke hari ini?
Ayat ini menjawab soalan di atas:
Surah Ad-Zariyat {56}
Maka jika ditimpa masalah, mereka tidak mengaitkan masalah tersebut dengan Allah SWT. Tidak nampak hubungan antara si ditimpa masalah dengan Penciptanya sendiri...Yang nampak, hanya satu jalan penyelesaian...
Kita lihat orang yang kaya-raya, ada kereta mewah dan banglo bertingkat-tingkat. Tetapi, hidupnya tidak senang dan sentiasa gundah-gelana.
Kita lihat orang yang punya harta yang melimpah-limpah, tetapi nikmat sihatnya (sakit) ditarik. Ke mana hartanya akan digunakan? Bagaimana dia nak mengurus hartanya?
Tetapi... Cuba pula kita lihat...
Orang yang bersederhana dalam setiap perkara. Selalu harta, tenaga atau masanya disumbangkan kepada Islam, saya yakin dan InsyaAllah hidup mereka ini bahagia walaupun ditimpa masalah. Jiwa mereka ini merupakan jiwa-jiwa yang lapang dan tenang.
Teringat Dr. Azizan berkata:
Hidup dengan kemewahan. Dan sememangnya apa yang telah dikatakan oleh Rasulullah SAW suatu masa dahulu telah terjadi. Yakni penyakit 'wahan'. Penyakit cintakan dunia dan takutkan mati. Cintakan dunia sehinggakan hubungan dengan Allah SWT tidak dijaga. Maka nikmat kehidupan itu tak dapat dirasai...
Renung, renungkanlah....
Ya Allah,
Masih adakah lagi ruang
Untuk hamba-Mu yang dha’if ini
Di dalam mencari kehidupan yang lebih baik
Di bumi-Mu Tuhan…
Ya Rahman,
Masih adakah lagi waktu
Buat hamba-Mu yang masih mencari
Erti sebuah kehidupan
Di dalam pencariannya…
Ya Tuhanku,
Masih adakah lagi hayat
Buat insan hina dan berdosa
Untuk mengubah perjalanan hidup ini
Kembali ke jalan-Mu, Ilahi…
Ya Rahim,
Masih adakah lagi masih
Yang sering diucap dan diungkap
Oleh hamba-Mu ini
Kerana aku insan kerdil
Bisa gugur bila tiba waktunya…
Ya Ilahi,
Hamba-Mu ini
Tidak punya apa-apa permintaan
Melainkan hidup bahagia
Di bumi-Mu dan di akhirat sana
Mengharap belaian rahmat
Kasih sayang-Mu…
Ya Allah,
ISTIQAMAHKANLAH AKU DI DALAM MENGHADAPI RANJAU KEHIDUPAN INI…
Post a Comment