Dalam post kali ini, saya akan membicarakan tentang orang-orang yang saya telah lama teringat-ingat dan tak boleh dilupakan mereka ini.
Mereka inilah 'sahabat-sahabat seperjuangan' saya. Selama 5 tahun kenangan kami bersama tersemai, maka di sini ingin saya menabur kembali benih-benih ukhwah yang telah lama terpisah.
Jadi, saya mulakan slot "Yang Saya Rindu" ini dengan seorang sahabat baik saya. Kulitnya putih, bukan macam saya. Hidungnya mancung. Bukan rakyat Malaysia tetapi merupakan sahabat baik saya.
Beliau merupakan Abdul Qahar bin Abdul Wahab. Warga Afghanistan...
Sesungguhnya saya mahu membenarkan firman Allah SWT;
"Setiap mukmin itu adalah bersaudara. Kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu..."
Surah Al-Hujurat {10}
Surah Al-Hujurat {10}
Maka Abdul Qahar ini merupakan saudara seaqidah dengan saya dan kami InsyaAllah merupakan sahabat yang baik walaupun kadang-kadang tidak bersependapat.
Sesungguhnya Islam amat menitikberatkan ikatan ukhwah yang dinamakan Ukhwah Islamiyah.
Kembali kepada Saudara Abdul Qahar. Beliau ini merupakan anak kepada Sheikh Abdul Wahab yang mana juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah menengah tempat saya mendapat didikan.
Andai kata, beliau membaca ketika ini, izinkan 'ana' menceritakan serba- sedikit tentang kita ya Qahar...
Pertama kali saya berkenalan dengan beliau ketika kami di tingkatan satu. Inilah mungkin kenangan lucu bagi ana bila 'fisrt time' dengannya. Semasa tu, belaiu baru tiba dari KLIA ke Perlis, sekolah saya. Petang tu, di dalam kelas Tingkatan Satu Hamzah (1L2) 2004.
Saya pada masa itu, sedikit rasa terkejut dan rasa terpegun kerana ada anak sheikh (orang Arab) dalam kelas tingkatan satu. Saya kelas Tingkatan Satu Abu Bakar (1L1). Tak lah pandai mana. Sikit-sikit ja. Rezeki Allah SWT.
Dalam masa yang sama, ada beberapa sahabat-sahabat saya yang lain sedang bersembang dengan beliau.

"Depa ni sembang dalam bahasa apa?"
Hatiku berbisik...
"Assalamualaikum abang...Abang ni dari mana? Baru sampai ka? Tak pernah nampak pun sebelum ni..."
Pada waktu itu, sekitar bulan Februari. Apa yang menjadi kenangan lucunya? Anda mesti sudah dapat menekanya...
'Abang'... Itulah ayat yang pertama kali saya gunakan untuk mengenal dirinya. Walhal umur kami sama. Cuma sahabat saya ini mukanya lebih 'matured'. Memang kebanyakan orang Timur dan Barat ni umur sekitar 13 hingga 18 ni nampak 'matured'.
Mengapa saya katakan begitu... Anda tahu. Sebab saya ada beberapa kenalan 'asli' daripada Korea, Australia, China dan USA. Tak hairanlah kenalan dalam YM saya mencecah 200 ke atas!!! Pada masa yang samajuga, saya latih perbualan maya saya untuk 'improve' Bahasa Inggeris. Dapatlah ayat baru yang tak diguna pakai oleh kita di Malaysia ni.
Ok... Berbalik kepada Qahar...
Kawan saya menegur,

"Dia ni bukan abang. Umur sama kita la..."
Pada saat itu, diriku malu. Qahar tersenyum. Malah dia bercakap dalam Bahasa Melayu. Rupa-rupanya, beliau sudah berada di Malaysia ini hampir 3 tahun sebelum itu. Patutlah beliau pandai cakap Melayu.
Kalau nak cerita satu-persatu kenangan bersama, banyak. Saya ni rapat dengan beliau semenjak kami bersama-sama menceburkan diri dalam Arena Permainan Bola Tampar ataupun disebut sebagai VT di sekolah saya. 'Volleyball Team'. Kalau sesiapa nak baca satu novel yang berkaitan dengan VT sekolah kami klik di sini...Novel VT
Novel ini menceritakan tentang kami VT MATRI 2008. Maka kenangan kami sebagai satu pasukan sudah boleh diibaratkan sebagai satu keluarga yang bahagia... Saya sangat merindui saat-saat itu...
Mungkin banyak kali saya bertengkar dengan beliau dalam VT. Namun, itulah yang makin merapatkan hubungan antara kami. Sehinggalah saat-saat terakhir sebelum beliau pulang ke Afghanistan, saya masih rasakan sesuatu yang belum saya lepaskan kepada beliau. Di akhir nanti saya beritahu apakah benda tersebut...
Maka, buat mereka-mereka yang mempunyai sahabat, senantiasalah kita menghargai kenangan persahabatan bersama mereka...
Video di atas ini merupakan video yang ana rakamkan sebelum Qahar pulang ke Afghanistan, 2 Disember 2008. 'Last paper' masa tu.
Bila dicari-cari, jumpa pun video ni. Jadi, ingin saya kongsikan bersama kalian mengenai sahabat baik saya ini....
Qahar...
Uhibbuka Fillah...

" Perumpamaan orang-orang Mukmin dalamsaling cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan kasih mengasihi ibarat tubuh.Jika salah satu anggota tubuh teras sakit, maka yang lain turut akan terasa sakitnya "
ana teringatkan ayah di qahar ni..
syeikh wahab..
seorang yang sangat fatherly..
beliau pernah mengajar ana kelas tambahan bahasa arab masa ana di tingkatan 6...
ana kenal qahar dari dia sek rendah di srim..
jzklh atas perkongsian cerita...
salam.wah..sungguh! persahabatan itu adalah segalanya.. bertemu dan berpisah hanyalah kerana Allah (^_^)thoord