Followers

~ Terimalah Aku ~

Terkedu aku pada sapaan memori lalu
Mula menerjah di ruang fikiranku
Bayangan dosa silam
Mengusik hati
Tanpa sempat ku bendung lagi

Aku sering tertanya
Adakah derita tiada hujungnya
Apakah air mata tiada ertinya

Mengapa harus aku terleka dan jua alpa

Bahawa dunia
Sementara cuma

Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggam rahmat sinaran iman

Di celah tadahan doa jua amalan diri
Agar hidup matiku hanyalah untuk-Mu

Terima kasih Tuhan Yang Maha Pengasih
Di atas rahmat-Mu yang Kau limpahkan
Bagaimana harus aku membalasnya
Tanda cintaku kepada-Mu

Kau kekasih hati

Moga ku temui sinaran suci
Di sebalik onak duri tajam menikam
Biarpun luka masih berbisa
Darah mengalir pekat oh selamanya
Akan ku capai jua

Tuhan terimalah hamba
Ku lemah tiada berdaya
Selaut kasihMu akan ku tadah
Biarpun diriku terasa hina

Engkau yang Maha Pengasih
Engkau yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
TERIMALAH DARI SEGALA TAUBAT

Salam ziarah diucapkan buat semua pelawat blog saya ! Terima kasih diucapkan juga kerana kalianlah yang memberi sokongan kepada saya untuk terus berada dalam medan ini.

InsyaAllah dalam post kali ini, saya nak bawakan satu lirik nasyid untuk dikongsikan bersama kalian. Lirik ini dinyanyikan oleh Kumpulan Nasyid Hijjaz dalam Album Pelita Hidup 4. Nama ni tak asing lagi, bukan?

Sekadarnya perkongsian. Tajuk lagu ini ialah "Terimalah Aku". Dan lagu ini juga diperkenalkan kepada saya melalui seorang kakak IPT. Nama beliau ialah Nurul Aimirah Humairah. Beliau ini juga merupakan sepupu kepada Fadzli UNIC. Maka sebab itulah beliau perkenalkan lagu ini kepada saya. Tambahan pula, saya memang berminat dengan nasyid dan sudah berada dalam medan ini selama 6 tahun.

Hmmm...Apa yang boleh saya katakan tentang lagu ini? Menyentuh hati... Menyedarkan diri...

Apapun... Sejujur-jujurnya saya katakan, pertama kali saya mendengar lagu ini, hati saya sedikit tersentuh. Saya mencari liriknya... Hampir dua hari mencari tidak kutemukan. Tetapi, pada tarikh saya menulis post inilah juga saya jumpa dengan liriknya...

Cuba dihayati saya liriknya...

Apa guna kalau kita bernasyid sekadar kosong tanpa matlamat. Maka itulah yang saya terapkan dalam diri saya selama 6 tahun bernasyid ni...

" Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat....."

Jika niat jelas dan selesai masalahnya, maka selesailah perkara-perkara yang lain.

Berbalik kepada lagu ni...

Lirik nasyid ini begitu indah dan menyentuh bahasanya. Bahasa yang begitu lembut digunakan bagi monolog antara seorang hamba terhadap Penciptanya. Monolog yang menceritakan seorang hamba (manusia) berpaling tadah daripada segala keasyikan dunia.

Bangkit dari kealpaan. Dan Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang berbunyi:

" Dan ingatilah Aku,maka Aku akan mengingati kamu. Dan bersyukurlah kamu, dan janganlah kamu kufur."

" Sekian lama aku meniti bara-bara dunia...
Mencari segenggam rahmat sinaran iman...
Di celahan tadahan doa jua amalan diri...
Agar hidup matiku hanyalah untukMu..."

Dalam rangkap di atas ni, cuba kita kaitkan dengan realiti kehidupan kita pada hari ini. Adakah kita sedar bahawa sekian lama kita leka dan alpa dalam menempuh bibit-bibit kehidupan yang indah ini.

Dunia fana...

Maka dianalogikan seperti kita meniti bara-bara dunia yang penuh dengan keasyikan d
an menipu diri kita yang sering lupa ini. Lupa dengan keasyikan dunia... Namun, kebangkitan itu perlulah digilap dan diasak agar rahmat Allah SWT itu dapat dicapai dalam kehidupan kita sebagai hamba kepada-Nya.

" Tidak akan masuk syurga seseorang itu melainkan dengan rahmat-Ku (Allah SWT) "

Maka, dalam mengejar rahmat Allah SWT itu perlulah kita kepada pembersihan hati. Dengan sama-sama kita bertaubat kepada Allah SWT. Maka, kita akan sedar bahawa segala kehidupan kita di dunia ini hanyalah pinjaman dan tidak lama...

" Bahawa dunia...
Sementara cuma..."

" Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia itu, melainkan untuk berubudiah kepada-Ku "


Seorang penyair mengatakan;

" Wajib bertaubat bagi manusia...
Namun meninggalkan dosa-dosa lebih wajib...
Sabar menghadapi musibah adalah berat...
Tetapi hilang pahala lebih berat...
Perubahan dalam setiap zaman selalu aneh...
Namun manusia bahawa dirinya lebih aneh...
Setiap yang akan datang semestinya dekat...
Namun mautlah yang lebih dekat dari itu..."


Maka sama-samalah kita cuba hayati lagu ini bersama-sama. Cuba kita renung-renungkan kehidupan kita. Adakah kita mahu bayangan dosa silam itu terus mengusik hati tanpa kita berbuat sesuatu...

Kita perlu sedar bahawa setiap titis air mata kita di hadapan Allah SWT mempunyai nilai yang mulia di sisi-Nya. Dan kita perlulah sentiasa memohon pertolongan kepada Allah SWT agar Dia memberikan suluhan sinaran iman itu ke dalam diri kita.

Dan kita juga perlu membuka hati dan jiwa kita... Ketahui bahawa Allah SWT itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Telah banyak nikmat yang diberikan-Nya kepada kita. Usah mempersoalkan mengapa masalah itu dan ini terjadi ke atas ...

Tetapi cuba kita persoalkan, setakat manakah kita membalas segala yang Allah SWT kurniakan kepada setiap hamba-Nya...

"Sesungguhnya rahmat Allah SWT itu amatlah luas..."

One Response so far.

  1. hi, visiting you from Jakarta.

Popular Posts