" Slurrp... Alhamdulillah ! Manisnya epal ni."
" Huhh... Epal... Epal yang ada atas meja tu ker?"
" Ermm... Ye... Ye... Kenapa Zulfaqar?"
" Ishh... Epal tu bukannya ana punya ! Itu Wafiy yang punyalah !"
"Alaa... Wafiy tu bukannya orang lain. Ikhwah kita juge kan. Lagipun epal jer. Small matter you know..."
Ku lihat Zulfaqar mencebik muka. Masam.
" Opss... Aku ni tersalah cakap ker? Apa kata-kata yang dah aku lepaskan tadi?" Getus hati kecilku.
Lantas kisah Abu Zar Al-Ghifari dan Bilal bin Rabah menerjah ruang mindaku. Siapa yang tidak mengenali Abu Zar? Salah seorang sahabat yang hebat dan mulia. Namun, al-hawa masih lagi menyentel di sudut kehidupannya. Dan aku... Ya, aku sendiri yang sudah jelak diperdengarkan dengan kisah ini. Dan hampir-hampir saja lalai dari pengajarannya. Aku telah bertindak mengikut al-hawa. Jahiliyah yang terang dan jelas tetapi sukar untukku mengikisnya. Masakan aku masih tidak mengerti akan hal ini walaupun sudah beberapa tahun aku berada dalam proses. Proses yang mana meletakkan seseorang hamba itu pada tahap yang Rabbul 'Izzati kehendaki. Ya, proses Tarbiah Islamiah.
Hak seorang muslim mesti dihormati ! Biarlah sesiapapun dia... Ikhwah atau tidak ! Itu bukan perkara utama dalam situasi ini. Pokoknya di sini, apakah neraca yang telah ku gunakan dalam membuat pilihan. Ahh!! Di mana sikapku selaku seorang yang bergelar Muslim? Adakah dengan akhlak sebegini, layak bagi aku untuk menyeru manusia? Dahlah makan tanpa kebenaran, tak rasa bertanggungjawab pula tu...
Bukankah sikap seorang Islam itu harus mengutamakan saudaranya. Sudah semestinya aku juga perlu diutamakan. Lagipun, itulah keadaan ideal yang semua orang berusaha menuju ke arahnya sepertimana yang berlaku antar Muhajirin dan Ansar.
" Benarkah pemahamanku? Atau ianya hanya sebuah justifikasi untuk kepentingan diriku sendiri?" Hatiku berbicara lagi.
Memang benar ukhwah yang sebegitu setiap orang itu idamkan, tetapi seharusnya ia bemula dengan diriku... Aku yang perlu mengutamakan orang lain ke atas diriku. Benarlah satu kata-kata yang pernah aku dengar suatu masa dulu;
Hahhh !!! Hatiku mengeluh panjang. Aku berasa sugul atas apa yang baru aku lakukan. Benarlah kerisauan Maimun bin Mahran r.a. akan al-hawa dan 'kilauan pelbagai nama' itu... Hakikatnya sama... Jahiliyahnya sama... Hanya nama yang berbeda.
Ya... Aku akur akan permasalahan sebegini. Walaupun acapkali diriku diperingatkan, aku masih lagi dikelirukan dek 'kilauan pelbagai nama' ini.
Ku rasakan waktu bertatih pergi. Pelbagai persoalan melintasi horizon pemikiran mindaku... Terawang-awang ku biarkan dimain-mainkan persoalan yang belum terjawab. Satu demi satu mengingatkan aku kembali akan satu benda... Keikhlasan. Terutamanya dalam menikmati kehangatan ukhwah yang baru ku bina dan ku kenal di Bumi Kanggaru ini...
Cukup! Cukup! Sekadar ini saja. Tension aku dibuatnya. Makin lama aku memikirkannya, makin ku rasakan aku tidak mampu untuk melakukannya... Sedangkan sesusuk tubuh yang tercegat di depanku ini masih lagi memberikan sebarang reaksi positif. Namun, apa yang mampu aku buat selain tersengih seraya cuba memperbetulkan keadaan. Moga-moga anugerah Tuhan yang berada di antara du bibirku ini mampu untuk mengembalikan bicara kami yang terhenti...
" Ya Allah, Engkau bantulah hambaMu ini..."
" Tak mengapalah Akmal... Masam di bibir Zulfaqar ni tak berkekalan. Kejap lagi hilanglah tu. Tetapi manis di sebalik epal tu tak berkesudahan manisnya." 'Irfan yang berada di situ cuba mengambil hati.
"Ahh!!!" Aku menarik nafas dalam-dalam bila sahaja kata-kata itu menyentuh gegendang telingaku. Bertepatan dengan masa dan keadaannya. Inilah words of comfort yang ku tunggu-tunggu semenjak tadi. Mengapa saat ini baru nak timbul?
Zulfaqar menguntum senyuman diikuti oleh hilai tawa kecil mereka berdua. Zulfaqar dan 'Irfan. Sekarang aku lagi bingung, walaupun aku tahu tindakan Zulfaqar untuk ketawa itu adalah sesuatu yang di luar jangkaannku... Namun, bila ianya berlaku, hatiku tidak senang. Lagipun, hubunganku dengannya bukan intim sangat.
Astaghfirullah... Belumpun tahu hujung pangkalnya, aku sudah membiarkan emosi sebagai pemandu jasad dan mindaku. Mungkinkah dia memahami perkara yang berbeda dari apa yang aku fahami? Mungkin... Mungkin...
Saraf-saraf yang bersimpang-siur di hujung jari-jemariku hampir sahaja tidak merasai tekstur wajah dan kulit di mukaku... Menebal dek bertambah malu diriku... Malu dengan sikapku sendiri. Walaupun dah banyak aku pelajari, tidak sedikitpun yang aku praktikkan. Usrah setiap minggu. Baca Al-Quran hampir saja selalu. Waktu Qiamullail juga hampis setiap malam. Namun, kenapa jadi begini? Kesannya ke atas diriku tidak memberangsangkan.
Di manakah silapnya...
Pada kualitinya atau kuantitinya?
" Apa lagi yang aku belum lakukan? Rasanya keberadaanku dapat dirasakan hampir di seluruh rumah di sekitar Kota Melbourne ini." Perlahan-lahan ku usap dadaku untuk menenangkan diri.
Pergolakan emosi sebegini seringkali terjadi pada diriku sejak dahulu lagi. Jika dahulu aku menanganinya secara sombrono, sekarang aku punya teman untuk diajak berbicara bagi mengatasi kekuranga diri masing-masing... Paling tidak pun, keberadaan di kalangan mereka dalam diriku membantu menyuburkan imanku. Baru ku sedar, pentingnya untuk aku tegar dalam mentarbiah diriku sendiri dan berlapang dada kepada saudaraku yang lain...
Perasaan bersalahku terhadap Zulfaqar kian menebal lantaran krisis identiti yang wujud antara kami. Walaupun saling berpandangan dan bertukar senyuman, namun jauh di sudut hatiku ada sesuatu yang merunsingkan antara kami. Tidak pernah pula aku cuba untuk menanyakan kepada dia.
" Wushh." Bunyi kelembutan air mematikan lamunanku. Ku lihat, Wafiy melalukan pinggan kaca jernih buatan India yang siap digosoknya itu di bawah aliran air paip.
" Kenal benar aku dengan pinggan tu, " getus hatiku lagi.
Itulah hadiah ibuku sempena kedatanganku ke Australia...
" Antum semua orang tahu tak ! Jika ukhwahlah yang menyedarkan antum untuk kembali menjaga apa yang di 'dalam' ketika kita sibuk menjaga di 'luar', itu merupakan satu kemanisan."
Aku terpaku pada kelakuan yang membenarkan kata-katanya itu. Boleh jadi, inilah sebab hubunganku dengan Zulfaqar berantakan. Maklumlah, jarang sekali aku berada di rumah. Dahlah tu, masa aku di rumah hanyalah di saat ketika tidur semata-mata. Kebersihan tandas, susun atur dapur, cuci pinggan mangkuk, dan hampir kesemua hal ehwal rumah diuruskannya. Aku pula hanya sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila menunaikan giliranku untuk memasak. Itupun jika aku punya masa lapang.
Benarlah satu kata pujangga Arab...
Aku berharap, ini akan menjadi suatu sempadan buatku di hari mendatang. Sepatutnya aku yang meringankan beban saudaraku, sepertimana yang diajukan dalam ayat 9 Surah Al-Hasyr. Lebih-lebih lagi, aku keluar bertemu manusia untuk keredhaan Ilahi... Bukan maksud duniawi... Masakan aku mendapatnya jika hanya sebahagian hak saja yang aku tunaikan dan mengabaikan selainnya...
Entahlah... Sampai sekarang aku belum dapat menemui jawapannya. Pintaku agar nanti akan ada mereka yang sanggup menjawabnya...
Harapanku... Biarlah persaudaraan ini bertunjangkan keikhlasan agar ia kekal basah selamanya walaupun di suatu masa nanti kami mungkin tidak lagi sehaluan...Ukhwah...
Hmm...
teruskan usaha..
cerita ini masih boleh dimenarikkan..
jangan nampak macam terlalu tazkirah...
kena pandai main plot, bahasa, dan sebagainya...
~ seorang penulis...
Hilal Asyraf
InsyaAllah... Terima kasih atas nasihat.
*Keluarga VT MATRI~2008
1)Hilal Asyraf
2)Wafiy Akmal
3)Meor Abdul Rahim
4)Najmi
5)Ridhwan Zain
6)Abdul Qahar
7)Zulkarnain Ahmad
8)Omar Abdullah
9)Fitri Yasin
10)Farhan Hashim
11)Ahmad Ramadhan
12)Ihsan Rosli