Followers

~ Wujudnya Kesetiaan Yang Sempurna ~

berfikir dahulu sebelum bertindak...


" Hmm... Mengapa agaknya kita ber 'blogging' ni ya? "

" Apa yang aku nak post hari ni ya? "

Salam mahabbah kembali kepada semua sahabat-sahabat Blog Kesetiaan Yang Sempurna. Setelah sekian lama kita tidak bersua, kini saya kembali dengan memulakan artikel terbaru blog ini dengan satu dialog. Dialog ini seringkali bermain-main di benak fikiran kita apabila kita hendak memulakan proses 'posting'.

Sebenarnya, saya selama ini menyepi kerana diri dan hati saya ini dibawa untuk pergi menambah ilmu dan pengalaman yang sedia ada sebelum kaki diri ini dibawa melangkah ke alam yang lebih banyak cabarannya yakni di IPT. Selain itu, saya juga bermusafir menambah pengalaman dalam erti kata mengapa kita berada di ' dunia berblog dan bagaimana kita menyampaikan mesej Islam melaluinya kepada orang lain'.

Maka dengan itu, saya ingin kongsikan bersama anda semua mengenai satu tajuk yakni 'Dakwah Melalui Blog'. Tajuk ini telah saya hadiri diskusinya bersama sahabat saya Nu'man Afifi yang bertempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di mana didiskusikan oleh Ustaz Hasrizal ataupun lebih dikenali sebagai Saiful Islam.

Jadi, saya inginlah bekongsi bersama kalian mengenai tajuk ini dan moga-moga perkongsian kita ini dapatlah meningkatkan diri kita dalam dunia 'dakwah siber' ini.

" Berdakwah Melalui Blog ".

Satu tajuk yang agak spesifik bagi sesetengah kita yang mempunyai blog.

Berdakwah itu amatlah luas skop dan cabangnya. Dan setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam proses kita menyampaikan Dakwah Islamiah kepada orang lain. Maka ingin saya mengajukan satu fakta kepada kalian bahawa, dengan berblog ini juga kita boleh menyebarkan dakwah kepada orang lain.

Berdakwah melalui blog juga merupakan satu response dalam diri kita untuk mendepani cabaran yang ada dalam realiti semasa dunia pada hari ini. Tambahan pula, merupakan satu kesesuaian kepada kita sebagai seorang Da'ie untuk berada dalam dunia ini kerana kita sekarang berada dalam dunia IT dan Teknologi.

Jika kita menggunakan medan blog ini hanya sekadar untuk suka-suka tanpa menyampaikan mesej Islam kepada orang lain, maka rugilah kita. Dakwah juga akan terpencil dengan kita turut sama memencilkan faedah penggunaan internet.

"Adakah ucapan yang baik itu adalah mereka yang menyeru kepada jalan Allah SWT dan berbuat kebaikan. Seterusnya berkata, sesungguhnya aku dari kalangan orang beriman."
Surah Al-Fusilat {33}

Sebelum hendak melangkah jauh, kita ta'aruf dahulu apa tujuan saya berada dalam dunia ber'blogging' ini.

* Bagaimana saya memulakan blog bernama Kesetiaan Yang Sempurna?

Terdapat banyak perkara yang membantu saya memulakan dan menceburkan diri saya dalam dunia berblog ini. Ada beberapa tabiat dalam diri saya ini yang memang sudah menjadi suatu kesukaan kepada diri saya. Ada 2, yakni minat menulis dan sedikit minat yang tinggi terhadap komputer. Maka dengan itu, saya selalu menterjemahkan apa yang saya ingin kongsikan melalui penulisan. Menulis di sana dan sini. Sehinggalah pada tahun 2006, semasa di tingkatan tiga, saya mula dengar suatu perkataan yang dinamakan BLOGGER. Maka beradalah saya dalam dunia blog sehingga sekarang.

Blog saya telah tiga kali ditukar nama. Nama pertama bagi blog saya adalah Brohandzalah's Blog dan kemudiannya bertukar nama kepada Pujangga Madah Bicara. Dan sehinggalah pada tahun 2008, saya telah menukarkan nama blog saya ini kepada nama Kesetiaan Yang Sempurna. Mengapa agaknya? Nama blog ini diadaptasikan daripada nama diri saya, Wafiy Akmal. Dan moga-moga kesetiaan dan ketaatan saya terhadapNya dapat ditingkatkan bahkan bukan sekadar nama buat blog saya semata-mata. Saya memulakan post pertama saya dengan mempromosikan blog-blog sahabat saya kerana masih lagi baru dalam dunia ini dan perlu kepada penyesuaian diri untuk meneruskan kemahiran.

Maka, platform inilah digunakan oleh saya untuk berkongsi bersama kalian dalam erti kata kita bersama-sama saling ingat-memperingati. Sehinggalah sekarang, tertubuhlah satu blog yang bernama Kesetiaan Yang Sempurna dan diharapkan, moga saya mampu memiliki satu website sendiri demi meneruskan wasilah dalam medan dakwah melalui blog ini.

*Mengapakah diwujudkan Blog Kesetiaan Yang Sempurna?

Sebagaimana yang saya sebutkan di atas, dakwah merupakan satu aspek dan cabang yang luas dalam Islam. Dan dalam melaksanakannya, perlu kepada seni-seni dalam berdakwah. Maka saya menggunakan kelebihan diri saya ini untuk saya dan kalian sama-sama mengerjakan tuntutan Rasul ini melalui menulis.

Dari segi penyampaian saya kepada kalian, kebanyakan mesej-mesej yang saya cuba sampaikan adalah merupakan hasil perkongsian saya bersama-sama dengan kalian. Bak kata Ustaz Hasrizal, pengalaman yang telah kita lalui tidak dimiliki oleh orang lain. Justeru itulah saya lebih banyak meletakkan post-post yang berkaitan perkongsian hati dan diri daripada saya. Dengan menulis dan berkongsi juga, saya dapat menterjemahkan setiap sesuatu yang berlaku itu secara positif dan melihatnya dari sudut-sudut lain.

"Mengapa itu dan ini terjadi ke atas saya?"

"Bagaimana mengaitkan apa yang terjadi ke atas kita dengan apa yang Islam letakkan?"


pastikan setiap impian menjadi sesuatu yang jelas...

Dan dalam menulis ini, sebagai seorang Da'ie kita perlu banyak memberi. Kita tidak boleh berasa terpaksa menulis dan menerima. "Boleh terima duit, manfaat dan pengunjung. Tapi itu semua belum cukup untuk kita sebagai seorang 'amilin." Berblog perlu banyak memberi kerana dengan memberi itulah akan menjadikan apa yang kita berikan itu sebagai satu modal dan tiket bekalan kita di akhirat kelak. Memberi makna kehidupan yang sebenar dan panduan yang boleh dikongsikan bersama-sama. Sehinggalah ke tahap saling lengkap-melengkapi antara satu dengan yang lain antara kita.

Dengan itulah diwujudkan Blog Kesetiaan Yang Sempurna. Dengan harapan, diri saya dapat terus bersama kalian dalam medan tuntutan ini seterusnya meningkatkan kefahaman diri saya di samping berkongsi pendapat bersama-sama. Dan itulah kepuasan bagi diri saya sebenarnya. Agar diri saya tetap seiring bersama kalian dalam medan ini. Tetapi dengan syarat, pemberian itu juga mestilah disertakan dengan penuh mesej dan kasih-sayang.

Nilaikanlah secara motif dan tujuannya kita berblog. Adakah kerana mengikuti trend-trend rakan-rakan kita yang mempunyai blog dan sebagainya? Nilailah diri kita sendiri.

perjalanan yang sukar tetapi bahagia dengannya...

* Apakah harapan saya terhadapa Blog Kesetiaan Yang Sempurna

Terlalu banyak harapan saya untuk dikatakan di sini. Hal ini kerana saya amat berharap pertama-tamanya blog saya ini bukanlah dinilai di sisi manusia, tetapi dinilai di sisi Allah SWT. Dan segala apa yang dimulakan saya hari ini, saya amat berharap agar anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan generasi-generasi saya yang seterusnya dapat meneruskan Blog Kesetiaan Yang Sempurna ini. InsyaAllah. Kerana merupakan suatu yang sia-sia apabila blog ini terhenti apabila jasad saya sudah tiada tanpa mewariskan apa yang telah sedia ada. Maka, itu merupakan satu matlamat yang cukup besar kepada diri kita apabila kita meletakkan Dakwah dan Tarbiyah sebagai landasan hidup kita.

Dan kepada kalian yang sering memberi dan menyumbang pandangan, pendapat dan komen, amatlah saya hargai segala buah fikiran daripada anda semua. Dan saya amat mengalu-alukan lagi kepada kalian untuk terus-menerus memberikan buah pendapat kepada saya kerana dengan buah fikiran kalianlah saya dapat bergerak dan memantapkan Blog Kesetiaan Yang Sempurna ini, insyaAllah. Kalian juga bolehlah memberikan cadangan kepada tajuk-tajuk post yang boleh saya siarkan agar apa yang saya tulis itu bukanlah saja dari pihak saya tetapi bersama-sama juga berada di pihak kalian.

Selain itu juga, saya amat-amat berharap kepada kalian yang mahir dan cekap berbahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Roamania dan sebagainya untuk memberikan kerjasama anda bersama-sama dengan saya. Kerana saya mahu mesej yang ada dalam blog saya ini difahami oleh mereka. Untuk makluman juga, followers dalam blog saya juga terdiri daripada warga-warga asing seperti Romania, Korean dan Norway.

Begitu juga dengan pengkomen-pengkomen yang ada dalam post-post saya. Saya amat berharap kepada kalian yang berhasrat menyumbangkan sedikit tenaga dan masa untuk bersama-sama saya untuk berdakwah melalui blog ini.

Maka harapan yang terakhir saya, inginlah saya berhasrat memiliki satu website sendiri. Dan ini telah dirancang bersama-sama dengan sahabat saya, Nu'man Afifi untuk kami bergabung bersama di bawah satu website kerana mungkin amat berguna sebagai wasilah dakwah jika kami akan melangkah ke IPT. InsyaAllah.

* Kalimah Akhirah

Akhir kata, perjelaskanlah kembali niat kita membuka blog agar segala penat dan lenguh jari kita menaip itu tidak sia-sia semata-mata. Tetapi segala semua itu mendapat nilai yang berhaknya di sisi Allah SWT.

Maka yang belum memiliki blog, segerakanlah memilikinya kerana banyak kelebihannya kepada kita. Dan segala kekurangan yang ada itu kita sama-sama jadikan sempadan seteterusnya menjadu batu konkrit untuk kita terus berada 'dengannya'.

Terima kasih kepada semua pembaca.

"Sharing is Caring..."

Amat besar pengertiannya di Kesetiaan Yang Sempurna.

sharing is caring...

2 Responses so far.

  1. inas says:

    salamun 'alaik..

    sy suka baca blog2 dakwah yg dibina secara individu.. :)

  2. Kepada Inas,

    Terima kasih atas kata-kata sokongan saudara. Tambahan pula, memang suatu kegentingan untuk kita menyampaikan risalah Deen kita kepada orang lain.

    Teruskan ziarah Anda di alamt baru Site Kesetiaan Yang Sempurna di alamat:

    http://brohandzalah.webs.com

Popular Posts