Followers

Warkah Buat Generasi ' KAHFI '

Kita generasi kahfi...

" Islamic Revealed Knowledge and Heritage Programme & Human Science Programme? "

Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua pengunjung
Blog Kesetiaan Yang Sempurna. Setelah sekian lama saya menyepi daripada meletakkan post-post, kini saya kembali bersama kalian. Rindu rasanya saya untuk bersama-sama dengan kalian meskipun hanya dikenali melalui pena ini.

Dan Alhamdulillah, hari ini Allah SWT memberikan saya satu modal atau idea untuk saya menulis. Berkaitan dengan satu tajuk yang mana sebenarnya saya ingin bertanya kepada anda semua yang tahu akan hal ini, seterusnya berkongsi dengan saya.

Tanggal 1 Mei 2008...
Tarikh ini menjadi tarikh keramat buat puluhan ribu Pelajar Lepasan SPM 2008. Kerana apa saya katakan begitu? Anda tahu? Hal ini kerana pada hari itulah ada dalam kalangan kita yang gembira dan mungkin juga ada segelintir kita yang sedih atau kecewa. Apakah peristiwa penting itu?

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA...

Ya! Itulah yang saya maksudkan untuk kalian semua yang sedang membaca post ini. Semestinya, kita semua hari ini, bermula daripada tarikh ini, perlu mengatur strategi dan langkahan kita, hala tuju kita sebelum kita menjejakkan kaki ke IPTA ataupun IPTS.


" Sesungguhnya setiap perancangan Allah SWT ke atas hambaNya itu adalah yang terbaik. Di mana pun Allah SWT meletakkan kita, maka ada hikmah di sebaliknya. "

Kata-kata ini masih lagi terngiang-ngiang di gegendang telinga saya. Kerana saya telah sematkannya di dalam hati saya.

Inilah pesanan seorang Pensyarah UKM, Dr Azizan bin Ahmad apabila beliau meberi pesanan kepada saya suatu ketika dahulu. Saya mengenalinya sejak saya masih di darjah 3. Maka, saya katakan di sini suka akan peribadi yang ditonjolkan oleh beliau.

Sesungguhnya, langkah yang tercipta ke IPT bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan oleh kita semua yang bakal bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Tetapi, perkara ini merupakan satu perkara yang perlu diambil serius oleh semua pihak.

Mengapa saya katakan begitu?

Hal ini kerana IPT merupakan medan yang penuh dengan cabaran dan mehnah tribulasi. Penuh dengan tipu daya duniawi. Jika kita tidak membuat persediaan yang sekukuh-kukuhnya, maka kita di sana nanti, akan larut denagn suasana dan sistem yang ada.

Setiap daripada kita akan diuji oleh Allah SWT.

" Apakah kamu mengira, kamu berkata bahawa kami telah beriman kepada Allah SWT, sedangkan kamu belum diuji.."

Ingatlah bahawa penyusunan Allah SWT ke atas hamba-hambaNya adalah yang terbaik. Maka kita perlu melalui penyusunan yang telah Allah SWT tetapkan ini dengan penuh rasa bersyukur dan bertawazun antara dunia dan ukhrawi.

Gunakanlah kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT sebagai salah satu platform untuk kita menjalankan kerja-kerja tarbiah di IPT.

Hijrah...

Biarkanlah sinaran iman yang ada dalam diri kita ini terus bersinar bagaikan matahari. Meskipun kita mengalami kesukaran dengan mengatakan kepanasannya meyusahkan, namun tanpa matahari itu, kita merasakan bahawa kehidupan ini suatu kekosongan. Meskipun kita berada di IPT yang mungkin dikatakan mempunyai suasana Islamik.

Akhir kata, pahatkanlah azam agar kita terus konsisten dalam dakwah dan tarbiah. Saya doakan anda dan anda doakan saya. InsyaAllah... Inilah saja yang sempat saya coretkan kali ini. Moga perkongsian ini sedikit berguna buat kita semua.

Hijrah Menara Gading!!!

* Buat pengetahuan semua, saya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di IPTA dalam Bidang Sains Kemanusiaan di UIAM. Pilihan pertama saya dalam borang UPU. Justeru, untuk mengumpul maklumat, bolehkah sesiapa beritahu apakah yang saya bakal pelajari dalam bidang ini dan apakah hala tujunya? Moga kalian dapat berkongsi dengan saya sedikit sebanyak. Saya nak buat kajian. Terima kasih...

Brohandzalah Copyright 2009

4 Responses so far.

  1. bagus2..insyaALLAH ramai yang akan menjejaki alam IPT. Jaga diri. Sentiasa ikat diri dengan tarbiah walaupun kadang kala kita rasa kita kuat. Kerana dengan berjemaah kita akan dikuatkan lagi..bagi melayari alam IPT. Salam maju jaya.

  2. Kepada Fathi Baik..

    Terima kasih atas kata-kata semangat anta utk ana. Apapun, ingatlah tikala kita berasa lemah, Allah berada hampir dengan kita.

    Sememangnya ikatan hati dalam jemaah dan ukhuwah itulah yang menguatkan hati-hati kita kerana dakwah Rasulullah juga disertakan dengan pengorbanan pemuda dan pemudi untuk berada di jalan ini.

    Moga komitmen kita akan berterusan InsyaAllah...

    Salam mahabbah fillah min ana...

    Akhakum Fillah,
    BroHandzalah

  3. salam...
    sy bukanlah dr kos yg u dpt...
    cume nye, just nk bgtaw pancaroba dlm ipt ni...
    xkeysah ipt mane...
    kalo dah namenye u atw kolej, mslh yg sama pasti timbul...
    kat sini, u akan paham ape yg dikate culture shock...
    ape yg dikata pergaulan bebas...
    ape yg dkate perempuan merokok....
    ape yg dikata clubbing...
    ape yg dikate perempuan sexy...
    xstudent agama pon ade yg tergelincir...
    yg pernah amalkan sunnah rasulullah mase skola...
    patuh pd arahan an suruhan ALLAH...
    tp bila dah masuk u, sume 2 terbang...
    apetah lagi yg xda basic agama yg cukup...
    lg mudah songsang...
    tp, x semua...
    masih ade lg perempuan muslimah yg menjaga aurat,membataskan diri dlm pergaulan...
    madih ade yg bertudung labuh disaat yg lain bertudung, walhal telanjang...

    sy student ipta yg terkenal di shah alam...
    wpun semua adlh melayu, kadang2 sy x rase cm2...
    amat sukar nk cari majlis ilmu...
    mmg ade, kadang2 kesempitan waktu membataskan hasrat utk mengahadiri majlis yg dihadiri oleh malaikat gak...
    cumenye, kena pandai2 hidup...
    cari kawan yg baik...
    tp, yg lain jgn dilupakan...
    cuba berdakwah selagi boleh...
    kadang2 sy rasa give up...
    dikelilingi dengan dosa yg sy pon tercalit sama...

    gejala kapel mmg berleluasa..
    sampaikan dah jd trend...
    amat susah nk jumpe mrk yg xpernah berkapel....

    smoga hidayah ALLAH mengiringi hidup kita semua...
    jemput singgah di blog sy...
    tq..salam...

    antikapel.blogspot.com

  4. Kepada AntiKapel,

    Terima kasih atas peringatan anda. Memang benar, alam IPT itu bukanlah seperti yang kita sangka-sangkakan. Kerana di sebalik tabirnya penuh dengan dugaan dan cabaran.

    Semua ini adalah untuk Allah SWT menilai setakat mana hubungan kita kepadaNya dan setinggi manakah iman kita kepadaNya.

    Hakikat kehidupan manusia ini sememangnya akan sentiasa diuji oleh Penciptanya.

    Justeru, bagaimana cara kita nak mengawal keadaan dan diri kita agar nanti bukan kita yang terlarut dengan suasana tetapi kita yang menjadi pelarut kepada suasana.

    Dan kehidupan di IPT ni juga perlukan kepada hidup berjemaah. Kita tak akan mampu berada dalam keseorangan dan kerna itulah kadangkala kita akan merasa lemah dan mudah terlarut. Perlu kepada 'tawazun' atau keseimbangan antara tarbiyah, dakwah, akademik, hubungan dengan makhluk yang lain. Semua itulah kunci-kunci kejayaan bagi seorang Da'ie atau Da'ieah.

    Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua, InsyaAllah...

    * lebih kepada peringatan diri sendiri

    Brohandzalah Copyright 2009
    brohandzalah_91@yahoo.com.my

Popular Posts