Assalamualaikum dan salam mahabbah buat kalian semua yang berkunjung ke sini.
Dalam post kali ini, saya tidak banyak mahu menukilkan perkongsian-perkongsian saya bersama kalain kerana pada saat ini, saya masih lagi terkejut dan sedih. Bagi saya, jika pada zaman Rasulullah SAW dulu, Baginda pernah kehilangan Saidatina Khadijah dan Abu Talib, insan yang disayangi Baginda, dan pada tahun itu juga digelar TAHUN KESEDIHAN.
Saya juga dapat katakan bahawa Tahun 2009 ini, merupakan TAHUN KESEDIHAN atau TAHUN KEHILANGAN bagi saya. Mungkin bagi saya dan juga bagi mereka-mereka yang lain.
Kerana apa saya berani katakan begini?
Hal ini kerana pada tahun ini saja, 3 insan yang saya pernah beramah-mesra, bersembang dan bersama-sama dengan mereka, telah Allah SWT jemput menemuiNya. Dan Dia jugalah Yang Maha Penyayang ke atas setiap hamba-hambaNya. Dan pemergain mereka berlaku dalam tempoh dan jarak yang amat dekat antara ketiga-tiganya. Dalam masa dua bulan, 3 insan yang saya sayang dan banyak berjasa kepada saya ketika di MATRI (sekolah lama), telah pergi dengan banyak pengorbanan yang mereka tinggalkan demi melihat generasi pewaris Islam masa hadapan.
Dan pada kali ini, kebetulan ketika saya bercuti mid-semester UIAM, saya menziarahi MATRI dan malam terakhir di MATRI lah, seorang guru Bahasa Inggeris yang amat saya sayangi, Sir Ghazali Omar telah pergi. Dan kali ini, hati saya begitu sejuk kerna sempat melihat wajahnya yang bersih dan jelas terpancar senyuman yang menyejukkan hati sesiapa saja yang memandang.
Dan mereka-mereka yang telah pergi ini, pergi dalam keadaan mereka masih berjuang untuk menyumbang tenaga mereka kepada Islam. Demi melihat generasi-generasi yang akan meneruskan kerja-kerja Islam pada masa akan datang.
Dan saya yakin dengan janji-janji Allah SWT, yang segala pengorbanan mereka sehingga ke saat akhir akan dibalas olehNya dengan balasan yang dijanjikanNya.
" Itulah janji Allah SWT. Allah SWT tidak akan menyalahi janji-janjiNya, tetapi manusia tidak mengetahui." [Surah ar-Rum: 6]
Saya tidak mahu berkata-kata dengan panjang. Cuma saya memohon kepada kalian yang bertandang ke blog saya, sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka-mereka yang berjuang sehingga ke saat akhir ini. Moga-moga roh mereka dicucuri rahmat dan kasih-sayangNya serta ditempatkan bersama-sama para solehin.
Sama-sama kita muhasabah diri kerana ini merupakan satu peringatan daripada Allah SWT...
sayangnya Allah kepada mereka melebihi sayang kita kepada mereka..
sungguh..tahun ini, tahun kesedihan buat kita..namun, perjuangan mereka harus kita teruskan..
semoga kita juga mendapat pengakhiran yang baik seperti mereka..
Kalau ana, ana lagi suka cakap tahun ini tahun peringatan.
Peringatan kepada kita yang masih hidup agar lebih serius dengan peluang yang masih ada dalam kehidupan kita.
Alhamdulillah, mereka telah pergi dengan baik insyaAllah, tetapi bagaimana dengan kita?
Sama-sama kita muhasabah...
~seorang hamba...
Hilal Asyraf
yang pergi tingglkn peringtn besar buat kita..
akan tiba pula giliran kita nanti..
sama2 persiapkan...bekalan menuju akhirat abadi
Kepada n_akn, sama-samalah berdoa agar mereka ditempatkan bersama orang-orang yang berimana kepadaNya.
Dan adakah kita sudah cukup bersedia utnuk mengahadapi 'saat-saat' itu?
Sama-sama koreksi diri...
Kepada Hilal Asyraf,sememangnya tahun ini merupakan tahun peringatan daripada Allah SWT. Hakikatnya, tanda-tanda akhir zaman ialah Allah SWT menarik satu demi satu orang-orang yang soleh daripada kita.
Terima kasih atas perkongsian...
Kepada Sinar Islami,ya. Sama-sama kita persiapkan diri kita sebelum kita menghadapi 'detik-detik' itu.
Mereka telah pergi dengan baik. Bilakah giliran kita? Adakah kita bersedia?
sahibah2 ana ada bertanya..lepas ni tak nak wat post pasal sir ghazali pulak ker??ana tersenyum sahaja sbb ana xtw nk coretkan apa lagi selepas pemergian Ummi dan akhi Ammar Zul. Bagi ana yang berada di bumi MATRI ini,dan merasai sendiri kehilangan permata2 itu,ana tabah. kehilangan2 ini mnyedarkan kita bahawa para murabbi2 ini akan pergi dan kita lah syabab fatayat yang akan mneruskan rantai2 perjuangan yang ditinggalkan. Bagi seorang yang bergelar khassah, pastinya murabbi2 yg mngajar tu tua2 belaka. hanya mnunggu masa dipanggil Allah.Dan siapalah lagi yang akan mengganti tempat mereka kalau bukan kita?Itulah yang ana fikirkan...
Kepada Huraiyah Ibtihaj.
Ana setuju dengan kata-katan anti. Sememangnya, tahun ini kita dapat menyaksikan insan-insan yang soleh, alim ulama yang meninggalkan kita. Semuanya pergi dengan penuh keberkatan daripada Allah SWT.
Hakikatnya, mereka telah meninggalkan pewaris-pewaris yang hebat di belakang mereka untuk meneruskan perjuangan ini. Perjuangan dalam menegakkan Islam kembali yang telah 'gharib'.
Dan juga,ketahuilah bahawa tanda-tanda akhir zaman itu juga telah kian memampiri kita.
Sama-samalah koreksi diri...