Tiit...Tiit...Tiit...Tiit...
Nada dering mesej telefon bimbit Sony Ericsson F305 berbunyi pada petang itu.
Mesej daripada Aiman. "Akmal, kau tau tak yang minggu depan ada tournament bola tampar dalam Econns Festival? Jom kita join. Kita buat team nak?"
Akmal mengerutkan dahinya apabila membaca mesej tersebut.
Akmal merupakan seorang pelajar dalam aliran Sains Kemanusiaan di Pusat Asasi Universti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Nilai, Negeri Sembilan. Dia merupakan salah seorang pelajar yang identitinya tersembunyi di sebalik sifat pendiamnya, lebih-lebih lagi dalam satu sukan yang amat digemarinya...Bola tampar.
"Ada lah dengar-dengar.InsyaAllah, boleh jugak. Kalau dah bola tampar, ana berminat. Dah lama ana tak masuk tournament bola tampar nih. Nak buat team? Baik, anta cari orang dan ana pun cari orang. Sama-sama cari." Balas Akmal akan mesej daripada salah seorang rakan seangkatan dengannya dalam sukan bola tampar di UIAM.
Akmal sebenarnya dahulu merupakan salah seorang pemain bola tampar yang terkenal di sekolah lamanya, MATRI. Tetapi dengan terkenalnya dia sebagai pemain bola tampar di sana, tidak bermakna dia selalu mengangkat dirinya, sombong tidak tentu hala. Sebaliknya, anak muda ini lebih gemar meraikan sahabat-sahabatnya yang mahu berjinak-jinak dalam arena sukan ini meskipun mereka itu tak tahu bermain. Dan tak pernah juga memperlekehkan mereka.
"Ish...Bagaimana ya?" Akmal menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Pada saat ini, Akmal pening memikirkan bagaimana nak membina satu kumpulan bola tamparnya sendiri.
Tiba-tiba saja dia terkenang sahabat-sahabatnya yang pernah bermain bola tampar bersamanya sejak awal penglibatan semasa berada di tingkatan tiga.
"Andai kata antum semua satu universiti dengan ana, antumlah yang akan jadi team ana."
"Orang yang berjaya adalah orang yang mahu mengubah diri mereka menjadi baik dan di samping itu dia merubah diri orang lain." Teringatnya pula dengan mesej daripada sahabat karibnya, Afdholul yang pernah dihantar pada satu masa dulu.
Akmal bermain-main dengan emosi, kerana permainan bola tampar ini menyimpan sejuta nostalgia buatnya.
"Perjuangan mesti diteruskan." Tekadnya...
Mata dan hatinya secara automatiknya tertarik dengan ayat dalam Surah Ath Thalaaq ayat dua dan tiga yang dibacanya. Bacaannya terhenti di situ sambil bermuhasabah diri.
"Masya-Allah. Memang benar-benar Allah mahu menegurku." Tergetus satu ketukan di hatinya. Terkena pada dirinya sendiri.
Akmal segera menyudahkan bacaannya dan meneruskan hasratnya untuk mengisi perutnya yang belum terisi sejak tengah hari tadi. Dia terasa sangat lapar. Dalam setiap langkahan kakinya daripada masjid kembali ke blok bangunan Asrama Mahallah Abdur Rahman bin 'Auf, mindanya terus ligat mencari teman-teman baru untuk dibina team sempena tournament bola tampar yang akan diadakan.
"Siapa ya yang aku nak cari ni?"
"Hah, Shamin! Aku kenal dia masa kat Ta'aruf Week dulu. Ish, macam mana la boleh lupa dia."
Hatinya tersenyum. Segera diseluk poket untuk mengambil telefon bimbit. Tiba-tiba saja dirasakan mahu terus saja menghantar mesej tawaran bermain sebagai satu pasukan dengannya. Semangat mungkin.
"Assalamu'alaikum Shamin. Ana nak ajak anta team dengan ana untuk tournament volleyball sempena Econns Festival minggu depan. Kalau anta ada kawan, ajak la sekali." Butang send segera ditekan.
Tiit...Tiit...Tiit...Tiit...
Mesej berbalas.
"Volleyball Tournament Econns Festivals? Hmm, ana ada dengar jugak. Ana pun tengah cari team. Ana ada dua orang kawan. Nama depa Hafiz dan Muhaimin. Depa ni pandailah sikit-sikit main bola tampar ni. Boleh jugak ana join dengan anta. Insya-Allah, boleh."
Perkataan boleh yang tertera di skrin telefon bimbit Sony Ericssonnya itu mebuatkan dirinya lega kerana kini bilangan pasukan bola tamparnya sedikit bertambah. Dia, Aiman, Awie, Shamin, Hafiz, dan Muhaimin. Enam orang semuanya.
"Sekarang ada enam orang. Mungkin kena ada dua orang back up jika ada yang tak dapat hadir atau emergency." Jika diikutkan, enam orang sudah mencukupi bagi membina satu pasukan. Tetapi Akmal selalu membuat back up planning bagi setiap perancangannya. Dia berhasrat menambah dua lagi ahli dalam pasukan bola tamparnya.
"Sapa lagi ya? Hmm...Roomates, classmates? Ada tak?" Bicara hatinya sambil dia melabuhkan diri di Restoran Kenari Kedah untuk makan malam selepas dipesan makanan. Restoran itu sudah menjadi favourite restaurant baginya.
Dari jauh, kelihatan sepasang anak mata sedang memerhatikan gerak-geri anak muda ini. Pemuda itu menghampiri Akmal yang kini sedang menunggu nasi ayam yang dipesan sampai ke mejanya.
"Hah, Akmal! Macamana? Kita dah cukup...Bila nak pi daftar?" Pemuda itu menepuk bahu Akmal dari belakang. Dia terjaga dari lamunannya.
"Opps! Terkejut ana Aiman....Pasal bola tampar ka? Err, cukup memang cukup. Tapi ana rasa kena ada dua orang back up lah... Takut kalau jadi apa-apa emergency. Ada sapa-sapa yang enta nak cadangkan?"
"Bukan ka Arif yang kelas sekali dengan kita tu main bola tampar jugak? Tak tau lah betul ka dak. Dia kata, bukan aku kata." Aiman menjawab.
"Hmm. Boleh je lah sapa pun. Nanti ana bagitau kat dia. Ana rasa, kawan dia yang nama Wan tu pun boleh main. Kira semua selesai lah bab-bab ni. Cumanya, ada satu benda yang belum ana lengkapkan bagi membina satu team yang betul-betul lengkap." Ujar Akmal semula. Jawapan yang digunakan mempunyai seribu satu maksud tersirat di sebaliknya.
"Kita punya team belum lengkap ka? Dah lengkap lah! Kan nak lapan orang? Ni dah cukup lapan orang?" Tanya Aiman yang tidak faham dengan jawapan yang diberikan Akmal.
"Belum lengkap lagi. Ada yang perlu ditambah. Nanti ana mesej semua. Kita buat perjumpaan..." Jawabnya ringkas.
Pasukan Akmal seramai lapan orang telah mendaftar penyertaan mereka. Volleyball Avant-Garde. Itulah nama pasukan mereka. Mereka juga tidak ketinggalan berlatih pada petang itu. Kelapan-lapan ahli pasukannya turun padang. Berlatih sekadarnya sahaja.
"Fuh, letih betul lah petang ni. Dah lama aku tak main bola tampar. Lupa habis rentak step spiking aku." Wan menyuarakan nada keletihan dirinya.
"Betul, betul... Aku setuju." Sokong Awie.
Akmal hanya tersenyum melihat telatah rakan-rakan pasukannya.
"Akmal, hari tu kau kata team kita ni belum lengkap. Kau kata jugak nak buat perjumpaan. Bila?" Aiman menyoal.
"Apa, belum lengkap? Apa yang tak lengkap?" Yang lain kehairanan.
"Ana memang nak buat. Tapi sebenarnya, kalau kamu semua sedar..." Lafaznya terhenti seketika.
"Baik, malam ni kita jumpa di surau mahallah, pukul... Pukul berapa free?"
"Lepas Isyak lah. Senang sikit. Aku pun banyak kerja. Yang lain boleh tak?" Muhaimin memberikan cadangan.
"Insya-Allah, boleh..." Satu hati.
"Jadi, kalau dah begitu malam ni Insya-Allah kita jumpa di surau lepas Isyak. Benda inilah yang bakal melengkapkan kita. Sebab tu ana nak buat perjumpaan ni." Ujar Akmal.
*******
Teringat kenangan ana x pndai bermaen bola tampar dulu..kene perli je kerjenye...