Hari ini merupakan hari yang menggembirakan saya. Dan hari ini juga saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT.
Kerana apa?
Kerana pada hari ini, Allah SWT masih lagi mengizinkan diri saya untuk berada dalam bulan Ramadhan yang mulia. Dan Alhamdulillah juga saya dapat menyempurnakan puasa saya dengan baik pada hari ini, Insya-Allah.
Dan pada hari ini juga, Allah SWT mengizinkan saya untuk berbuka puasa bersama-sama sahabat-sahabat saya. BerIftar Jama'ie bersama. Setelah sekian lama tidak bertemu, kami berpakat untuk bersama-sama berbuka pada hari pertama puasa Ramadhan berjalan.
Dan itulah yang mengeratkan ukhwah kami...
Maka dalam post kali ini, saya sebenarnya tidak berhajat nak menulis. Cuma saya mahu berkongsi bersama kalian beberapa keping gambar yang saya mahu pahatkan dalam blog saya ini. Moga ukhwah kami menjadi contoh untuk anda dan sahabat-sahabat anda dalam erti persahabatan kerana Allah SWT.
Kami bermesyuarat di CFS IIUM PJ tentang kelangsungan tarbiah kampus
Berkongsi cerita setelah lama tidak bertemu
Faris, study sebelum berbuka puasa. Bakal doktor Islam
Terus berkongsi cerita...
Makanan sudah terhidang. Menunggu waktu berbuka
Kenangan bersama...
Nak balik semula ke CFS UIAM PJ...Menunggu bas
Saya ke CFS UIAM Nilai dan Ali ke UTeM, Melaka.
Insya-Allah kalau masih berkesempatan, saya akan terus meletakkan perkongsian-perkongsian saya untuk dikongsi.
Dan sekarang, saya dalam proses menulis satu cerpen berkaitan dengan bola tampar yang mana ceritanya berlaku secara realiti. Nantikannya...
salam,ari2 x ajk pun buka posa skali??
sapa yang bro macho kat dpan pintu pagar uia tu?? yg tgan dalam poket tu..huhu
uahh..
sangat menarik la beriftar bersama2.
moga antum teruskan dalam tarbiah ini.
insyaAllah.