Followers

Siri 1: Buatmu Lelaki Yang Bergelar Suami/ Bakal Suami


Semenjak dua menjak ni, saya dapat lihat dan dengar bahawa rakan-rakan saya sibuk berceritakan tentang pembinaan alam rumahtangga. Merancang masa depan mereka.


Dan mereka semestinya mereka-mereka ini ialah lelaki yang bakal bergelar suami...


Yang bakal memikul amanah dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT akan masuliah yang mereka tanggungi.


" Ustaz (gelaran rakan-rakan ke atas saya), nanti kalau anta nak kahwin anta nak cari isteri macam mana?"


" Wafiy, anta ni nak corak rumahtangga anta macam mana nanti? Boleh share tak?"


Itulah antara lontaran-lontaran soalan yang rakan-rakan saya soalkan.


Sebagaimana tajuk post saya kali ini, mungkin post saya kali ini hanyalah satu perkongsian buat rakan-akan saya dan mereka-mereka yang lain yang berminat untuk mengetahui bagaimana kita sebagai seorang insan membina sebuah rumahtangga Muslim. Hakikatnya, saya belum lah lagi berumahtangga. Cuma ingin berkonsi bersama kalian jika ingin mengetahui. Apa yang benar, kita ambil dan apa yang salah, sama-sama kita perbaiki.


JODOH DALAM PANDANGAN ISLAM



Allah swt berfirman dalam QS : Ar Ruum : 21 ~ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.


Sudah menjadi sunnatullah bahwa Allah menciptakan semua makhluknya berpasang-pasangan dan semua manusia pasti ada jodohnya. Bergantung ikhtiar dari manusia itu sendiri ataupun takdir Allah SWT. Kerana setiap takdir itu ada yang mutlak (sudah menjadi ketentuan Allah), kita sebagai manusia hanya mampu menerimanya dan satu lagi adalah takdir ikhtiari iaitu takdir yang memang mampu diperolehi dengan jalan ikhtiar atau usaha yang bersungguh-sungguh.


Proses mencari jodoh dalam Islam bukanlah “membeli kucing dalam karung” sebagaimana sering dikatakan. Namun justeru diliputi oleh perkara yang penuh adab. Bukan “cuba dulu baru beli” kemudian “habis manis sepah dibuang”, sebagaimana ramainya pemuda dan pemudi di masa sekarang ini melakukannya.


Baru-baru ini saja, ada saja seorang pelajar tingkatan lima daripada Sarawak menceritakan masalah yang dialami beliau. Semuanya gara-gara seperti yang dikatakan dia atas.


Dalam Surah An-Nuur ayat 26, Allah SWT ada menjanjikan ~ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…


Urusan Jodoh itu berada di tangan Allah SWT. Nah! Lalu bagaimana cara mengenali jodoh dalam Islam.


Dalam satu petikan daripada seorang ustaz dari Indonesia yakni Ustaz Rsetu Sugiharto, dia memberikan tips-tips dalam mengenal jodoh mengikut pandangan Islam. Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu?


" Siapa yang paling bisa Memaklumi, Memaafkan dan Memotivasi kita ke arah yang lebih baik Insya Allah itu jodoh kita."


Jadi kalau mau mencari jodoh, carilah yang mampu melakukan 3M diatas supaya hubungan cinta dapat beterusan sebagai Baitul Muslim dan tidak tercerai-berai. Jadi jodoh itu jangan berdasarkan nafsu (kecantikan, kaya, dsb) tapi haruslah berdasarkan Islam (kuat aqidahnya, rajin ibadah dan indah akhlaknya).


"Wanita itu dinikahi kerana empat faktor, yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama agar berkat kedua tanganmu." (HR. Muslim)


Janganlah kadang-kadang kita tertipu dengan hasutan syaitan yang mana hobinya suka merosakkan anak-anak Adam. Kerana lumrahnya kita selalu tertipu dengan kecantikan dunia. Jika hendak membina sebuah rumahtangga Muslim, maka perlulah bermula daripada kita sendiri.


Mempersiapkan diri, memilih calon isteri yang benar-benar boleh dikatakan isteri solehah dan sentiasa memohon doa kepadaNya agar diberi petunjuk dalam memegang amanah sebagai seorang 'lelaki' dan ketua...


Sama-sama kita perbaiki diri.


4 Responses so far.

  1. Semoga kiter dikurniakan isteri yang solehah.... thanx khalifah muda..

  2. Amal says:

    Sama-sama semua, insyaAllah

  3. betul tue.. saya akan gunakan nasihat saudara nie dalam mencari jodoh saya, insyaallah... =)

  4. Bila bertemu pasangan hidup, maka corakkanlah tulang belakang kehidupan kita itu dengan sebaiknya. Moga keluarga Sakinah terbentuk drpd proses tarbiah Islamiah. Sentiasalah memohon kepada Allah agar dikurniakan yang baik buat kita semua.

Popular Posts