Followers

~ Bicaraku dan Sahabatku ~



Assalamualaikum kembali buat semua pembaca, follower dan pesinggah-pesinggah blog saya. Saya kembali lagi dengan satu post yang lebih kepada perkongsian. Saya memang suka berkongsi pandangan, pengalaman pendapat dan sebagainya.

Saya ingin membuka satu ruangan untuk anda ( pembaca ), bersama-sama saya dalam berkongsi kata-kata dengan saya. Maka saya timbulkan post " Bicaraku dan Sahabatku ".

Mengapa ya saya adakan post seperti ini? Yang sebenarnya, saya ingin berkongsi kata-kata bersama-sama kalian di mana kata-kata ini dihantar kepada saya. D
an ada juga kata-kata yang saya hantar kepada mereka. Lebih kepada peringatan bersama.

" Sesungguhnya peringatan itu amat berguna bagi setiap orang yang beriman "


Maka, kata-kata di bawah ini, bolehlah kita sama-sama jadikan ia sebagai satu bahan yang menyentuh hati kita. Agar ianya bermanfaat kepada kita. Antara sebab lain juga, saya dah lama simpan kata-kata ini dalam telefon bimbit dan hampir penuh memori yang digunakan. Sememangnya setiap mesej yang dihantar ke telefon bimbit saya akan di "delete" kan. Jadi, sebelum saya "delete" mesej-mesej tersebut, lebih baiklah kiranya saya berkongsi kata-kata tersebut bersama kalian;

=========================

abg ali

" Hidupkan hati-hati mereka yang ada di sekelilingmu dengan mengingati Allah SWT. Sentuhi jiwa mereka dengan iman kepada Allah SWT. Muhd Iqbal bermadah ; ' Sentuhlah hati-hati mereka, nescaya hati yang malap akan terang-benderang."
* Brohamzh *

=========================

Photobucket


" Kita inginkan hari yang cerah, tetapi Allah SWT lebih tahu hakikatnya hujan pilu diturunkan. Kita sekarang mahukan keseronokan, jauh sekali kesusahan. Tetapi Allah SWT lebih tahu kesusahan itu mengajar kita erti kehidupan. Kita sekarang inginkan ketenangan, hakikatnya diri kita penuh dengan dosa dan kejahatan. Tetapi manusia tak dapat lari dari kesilapan. Semua itu bukanlah satu hukuman, tetapi sebagai tanda kasih-sayang Allah agar kita lebih beriman."
* Adik Sayyid Safwan
*

=========================

" Hadirku untuk menjadi teman pemberi ingatan, bukan untuk melalaikanmu. Adanya diriku sebagai penghembus semangat jihadmu, bukan penggoyah imanmu. Namun, andai kau rasa diriku ibarat embun, muncul kala dinihari, hilang tatkala terbitnya matahari, maka ingatlah aku masih di sini. Sentiasa berdoa agar kau terpelihara sepanjang hari, walau rembulan jauh menyepi. Ingat, perjalanan kita tersangat jauh. Ingat, kita adalah insan yang telah Allah SWT muliakan dengan iman. Dan Dialah yang memberi kita peluang untuk terus berjuang... Teruskan perjuanganmu sebagai khalifah dan da'ienya di muka bumi ini... InnAllah ma'ana."
* Sahabatku Asri Aswandi *


=========================

Photobucket


" Nikmat yang paling manis apabila Allah SWT mentarbiah ki
ta dengan pelbagai ujian. Namun, tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberikan suntikan semangat. Alirkan 'halawatul ukhwah', kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati. Ya Allah! Peliharalah insan ini dan peliharalah ukhwah kami..."
* Sahabatku Raji SMASKL *

=========================

Photobucket


" Through prayers... Allah hears more than you say... He gives more than you desire... All it takes, is your time..."

* Adik Tengku Muhammad Syakir *

=========================

Qawiem

" Assalamu'alaikum. Berpegang teguhlah pada tali-tali Allah SWT dan jangan sesekali kau melepaskannya. Remember... Allah SWT is closer with us than our vein... Take care your iman and yourselves... May Allah SWT bless us upon our ukhwah."
* Sahabatku Qawiem bin Baki *

=========================


" Persahabatan itu terbina atas ranting kejujuran. Bertunjangkan kasih-sayang, lalu membuahkan kemanisan ikatan. Jika terpesong, maka patahlah ranting... Reputlah akar lalu rosaklah buah. Teman sejati bukanlah dekat bicaranya, tetapi yang sentiasa di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya."
* Sahabatku Ariff bin Ali *

=========================


" Andai kata kita punya sepasang sayap, akan ku bawa diri kita menyelusuri sorotan tarbiah ini. Kerana harapan Islam ke atas kita. Andai kata kau gugur di atas jalan ini, maka yakinilah bahawa janji-janji Allah SWT setia bersamamu. Ingatlah wahai saudaraku, jalan menuju ke syurga penuh dengan ujian dan kepayahan. Tetapi landasan ke neraka pula penuh dengan keseronokan nafsu dan syahwat. Maka tetaplah kami di atas landasan tarbiah kerana itulah yang terbaik buat kita..."
* Brohandzalah *

=========================

Mungkin, setakat inilah kata-kata yang boleh saya kongsikan. Begitu juga dengan anda... Jika anda hendak menyampaikan kata-kata, ucapan, teguran atau nasihat untuk saya, amatlah dialu-alukan.Saya sedia menerima dengan hati terbuka.

Moga-moga perkongsian kita membuahkan seribu satu kesedaran seterusnya membuka hati kita bahawa perlunya kita kepada sahabat. Kerana merekalah yang akan bersama-sama dengan kita tikala susah mahupun senang. Tetapi harus juga diingat, Allah SWT itu lebih dekat dengan setiap hamba-Nya...

* Jemput berkongsi


One Response so far.

  1. FaRaWaY says:

    byk mkna msg diorg ni~~

    ic2..be a better man~

    Allah wishes..

Popular Posts